CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hatyai ‘tenggelam’ sampai Disember - Prof Madya Seree Supratid

26-11-2025 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 604| Komen: 11

 


BANGKOK – Bandar Hatyai diramalkan tenggelam akibat banjir sehingga pertengahan bulan Disember ini.

Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana di Universiti Rangsit dan Naib Presiden Yayasan Majlis Amaran Bencana Kebangsaan, Prof Madya Seree Supratid berkata, walaupun paras air menurun di hulu daerah Sadao, aliran hiliran akan meningkat sebelum sampai ke bandar memburukkan lagi situasi banjir.

“Pada pukul 7 pagi (semalam), aliran banjir meningkat 2 meter berbanding kelmarin. Kebanyakan rumah yang tenggelam satu meter sebelum ini, tenggelam sepenuhnya.

“Sementara itu, kawasan perumahan seperti di Khuan Lang Municipality tenggelam sampai bumbung,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau meramalkan hujan dari 21 hingga 25 November mencecah 850 millimeter iaitu 1,200 sehingga 1,500 juta meter .

Saliran kapasiti semula jadi dan pengepaman mengambil masa 10 hari untuk surut sekali gus menjejaskan paras air laut sehingga hujung bulan ini.


Seree berkata, kekurangan koordinasi dalam pengurusan bencana di bawah Akta Pencegahan dan Mitigasi Bencana 2007.

“Walaupun situasi telah masuk ke peringkat ketiga dengan kementerian dalaman sebagai komander bencana dalam mengarahkan Kabinet untuk mengikut mekanisme formal pengurusan banjir,” katanya.  

Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 26-11-2025 09:13 PM
Wah sampai disember ye, so pergi takat padang besar je la nnt
Quote fattymah 26-11-2025 09:38 PM
Iols baru komen benang sebelah rupanya dah ada.. makin teruk yach..
Quote fattymah 26-11-2025 09:51 PM
Sumatra barat pun teruk gak
Quote PULANGKAN 27-11-2025 01:28 AM
dasyat betul. semoga semua selamat dan dipermudahkan urusan
Quote TTun_Teja 27-11-2025 06:50 AM
Lama tu..
Lagi 2 minggu banjir..
Quote Itzy 27-11-2025 07:28 AM
Ada apa dgn thailand? Aku dh 3-4 kali pi tapi tak best pun, best lagi tempat2 di malaysia.
Quote TabletSusu 27-11-2025 03:14 PM
Itzy replied at 26-11-2025 11:28 PM
Ada apa dgn thailand? Aku dh 3-4 kali pi tapi tak best pun, best lagi tempat2 di malaysia.

aku pun tak faham.. adik aku tiap tahun cuti je pi msuk thailand 1 famili. kekadang setahun 2,3x pi. bila tny, asyik jawab cari food sedap kat sana. aku macam urgghh!
Quote kemaruk 27-11-2025 06:44 PM
Atlet sukan sea malaysia naik bas ke thailand kan?

Acaner tu
Quote alieyrina 27-11-2025 08:18 PM
Ada sorg pompuan kat tt. Dia duk di pekan kampot cambodia. Ada komuniti islam cambodia situ ada kedai makan halal.

Best la tengok tempat tu. Rilek ja. Hotel ada pool. Duk sebulan rm800. Nanti dia pindah hotel lain. lupa pulak sebulan berapa. Mcm dia ja org malaysia duk situ
Quote airfilterkotor 27-11-2025 08:59 PM
Geng muto besor kompem sangkut takleh balik.
Kepada yang rajin kelepet bini tatkala keluar ride melepasi sempadan, semoga balik rumah nanti dipermudahkan urusan.
Quote TeropongThaico 27-11-2025 10:44 PM


Lamanya... Abih le kereta2 yg terkandas dlm banjir kat sana tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058612 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top