CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tembok pemisah dibina Israel secara haram runtuh akibat banjir di Tebing Barat

26-11-2025 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 612| Komen: 8

 

 


BEIRUT – Sebahagian tembok pemisah yang dibina Israel runtuh akibat banjir ketika hujan lebat di Tebing Barat yang diduduki, lapor laman berita The New Arab semalam.

Situasi hujan lebat berterusan di Israel sepanjang malam sehingga semalam, disertai hujan batu, ribut petir dan angin kencang, menyebabkan arus deras menutup jalan-jalan utama.

Seramai dua orang yang terperangkap di dalam sebuah kereta berhampiran Lebuh Raya 70 dekat bandar utara, Tamra telah diselamatkan.

Penumpang sebuah lori yang dibawa arus deras yang meningkat dari Sungai Yatir di wilayah Negev selatan juga diselamatkan, selain beberapa orang yang menaiki dua kenderaan lain di Beersheba.

Di Tebing Barat, banjir telah meruntuhkan sebahagian tembok pemisah di selatan bandar Hebron.

Video yang dikongsi di internet memaparkan sebahagian tembok konkrit yang dibina oleh Israel selama bertahun-tahun bagi mengasingkan komuniti Palestin itu runtuh akibat banjir.


Bahagian tembok yang runtuh terletak berhampiran kampung Al-Burj, manakala tanah runtuh mengganggu lalu lintas di jalan utama dan di bahagian lain Tebing Barat. 

Beberapa kenderaan dilaporkan rosak, namun tiada kecederaan berlaku. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-11-2025 02:49 AM
Semoga dipersusahkan urusan zionis.


Quote nisako 27-11-2025 07:47 AM
bagus
Quote orkid_amani 27-11-2025 10:17 AM
Aii penah laa tanya Ustaz..knp Allah xbantu Palestine mcm zaman Nabi dulu.. ustaz jawab Palestine tu mmg tanah yg akan direbut & berperang sampai kiamat..sbb tu salah satu tanda kiamat Palestine merdeka & jadi ladang pahala utk kita bantu depa.. yg pasti org2 muslim palastin mmg dijanjikan syurga.
Quote B40tastePosh 27-11-2025 11:17 AM
Dah lama sangat tembok concrete tu... Tetulang besi tu pun dah karat... Padan muka kena keluarkan duit buat tembok baru. Btw kawasan tu nampak macam ada hakisan terus.
Quote B40tastePosh 27-11-2025 11:18 AM
orkid_amani replied at 27-11-2025 10:17 AM
Aii penah laa tanya Ustaz..knp Allah xbantu Palestine mcm zaman Nabi dulu.. ustaz jawab Palestine tu ...

Aku tak percaya kiamat berlaku semudah gitu.

Kiamat berlaku bila kisah Islam dianggap dongeng.

Maksudnya, tiada catatan/rekod tentang sejarah lalu bersisa. Kemungkinan takda rekod sebab banjir besar.
Quote stingerkaypoh 29-11-2025 01:22 AM




[twitter]https://twitter.com/thesaviour/status/1994371460564152579?s=61[/twitter]
Quote Decaffeinated 29-11-2025 08:36 AM
Bencana alam di mana2, nothing special.
Quote Decaffeinated 29-11-2025 08:38 AM
orkid_amani replied at 27-11-2025 10:17 AM
Aii penah laa tanya Ustaz..knp Allah xbantu Palestine mcm zaman Nabi dulu.. ustaz jawab Palestine tu ...

Karut. Mana ada orang dijanjikan syurga based on kerakyatan.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040998 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top