|
SINTOK – Arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand menyukarkan usaha untuk menyelamat 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas sejak Jumaat lalu. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, arus deras itu berlaku berikutan kedudukan hotel yang terletak berdekatan sungai menyebabkan sebahagian bot kecil terbalik. “Beberapa usaha menyelamat dilakukan dua hari lalu, namun tidak berjaya kerana arus deras,” katanya di sini hari ini. Ketika ini kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan bersemangat tinggi sementara menunggu operasi membawa pulang ke universiti. “Kita juga mengesan seorang pelajar yang menghidap talasemia. Berdasarkan maklumat daripada Pengarah Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan UUM, Dr. Adi Azhar Abdul Razak, pembawa talasemia itu tidak serius.
“Ibu bapa pelajar terbabit juga sudah dimaklumkan bagi mengelakkan kerisauan,” ujarnya. Katanya, mereka yang terkandas amat berharap agar pihak Konsulat Jeneral Malaysia dapat menghantar bekalan makanan, minuman dan keperluan asas dengan segera. “Kita terus berhubung dengan Pejabat Konsulat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin Islam termasuk menggerakkan alumni UUM di sana untuk membantu menghantar makanan, minuman dan ubat-ubatan. “Pihak UUM turut berterima kasih kepada masyarakat setempat yang prihatin dengan menyediakan bubur nasi untuk pelajar dan staf UUM di sana,” katanya. Difahamkan, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu membawa pulang pelajar dan pensyarah terbabit secepat mungkin. “UUM juga menyediakan kenderaan untuk mengambil pelajar dan pensyarah menggunakan laluan yang boleh diakses,” katanya. Sumber :– KOSMO! ONLINE |
nisako replied at 27-11-2025 07:48 AM
teruk banjir ni
Kitty_catz replied at 27-11-2025 09:50 AM
awat depa2 ni tak check which month to avoid sebelum arrange holiday tekk? basic kut menatang ni
mog ...

Kitty_catz replied at 27-11-2025 09:50 AM
awat depa2 ni tak check which month to avoid sebelum arrange holiday tekk? basic kut menatang ni
mog ...
goldden replied at 27-11-2025 02:37 AM
budak2 ni bkn pergi holiday kan? depa ni ke hatyai bg program exchange student

prettyuglybabe replied at 27-11-2025 02:14 AM
janji dapat keluar negara guna passport..
ko ada? katanyaaaaaa
bila dah sangkut dok sos sos s ...


Thailand
Friday, 29 Nov 2024
12:03 PM MYT
Several provinces in the South have been inundated after heavy rains since early this week. The Disaster Prevention and Mitigation Department reported on Thursday that 1,884 villages in 50 districts of Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat and Satun provinces were still under water. - The Nation/ANN
goldden replied at 27-11-2025 10:37 AM
budak2 ni bkn pergi holiday kan? depa ni ke hatyai bg program exchange student

goldden replied at 27-11-2025 10:37 AM
budak2 ni bkn pergi holiday kan? depa ni ke hatyai bg program exchange student
ADVERTISEMENT