|
JAKARTA – Sebuah sekolah rendah di Bandung, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila sejumlah murid dipaksa menunggu di tepi jalan selama lima jam demi menyambut kedatangan datuk bandar kota tersebut, lapor portal berita Lambe Turah. Kejadian berlaku di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Batununggal semalam. Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jabodetabek24info menunjukkan murid ‘berjemur’ di hadapan sekolah sambil ditemani beberapa guru. Mereka menunggu ketibaan Datuk Bandar Bandung, Muhammad Farhan bermula dari pukul 8 pagi (waktu tempatan) sehingga 1 tengah hari (waktu tempatan). Mereka bagaimanapun kecewa apabila beliau membatalkan lawatannya. Rakaman itu mencatatkan lebih 136,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pendduna media sosial. “Kenapa perlu sambut? Lebih baik belajar,” kata seorang netizen.
“Kasihan mereka kepanasan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI |


Skuau replied at 28-11-2025 02:42 PM
pernah jd kt aku..masa sekolah rendah.. punyala panas 1pm...semata mata sekolah 'paksa' sambut ketib ...

gekkou replied at 28-11-2025 05:31 PM
aku dulu pun pernah
PM nk datang kena beratur tepi jalan
eh macam bodoh je cikgu paksa2
B40tastePosh replied at 1-12-2025 02:56 PM
Dari kecil sudah diajar "menjilat".. "memberi suapan".
nusaraya replied at 1-12-2025 11:41 PM
Pelajar "Penjilat" yang harus patuh dan tunduk.. budaya patik yang ditiru dari semenanjung ...
slyfynx replied at 1-12-2025 09:54 PM
Skolah KUSESS dulu siap kene stay back time cuti sekolah
ADVERTISEMENT