CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepasang suami isteri ditahan melaram pakai baju Padini curi

26-11-2025 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3308| Komen: 45

 


MELAKA – Sepasang suami isteri ditahan polis kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian di tiga cawangan premis pakaian, Padini Concept Store sekitar daerah ini sejak awal bulan ini.

Suspek berusia 47 dan 44 tahun itu diberkas kira-kira pukul 1.30 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah di Durian Tunggal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dipercayai mencuri 10 helai pakaian lelaki dan perempuan bernilai RM640. Perbuatan itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Kejadian berlaku pukul 4.30 hingga 5.30 petang, 20 hingga 23 November lalu. Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta jenis Toyota Altis bewarna kelabu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, hasil soal siasat, suspek lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan isterinya, suri rumah mengaku melakukan perbuatan itu. Mereka mendakwa pakaian curi itu untuk kegunaan sendiri.


“Polis merampas pakaian curi tersebut dan kenderaan yang digunakan pada hari kejadian. Semakan mendapati pasangan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya. 


Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-11-2025 02:49 PM
mmmmm........
Quote Purestteam1 26-11-2025 02:51 PM
curi arr baju pagoda.. murah sikit...haha
Quote hart_attack 26-11-2025 03:05 PM
X de duit sgt ke nak curi baju,kalau x mampu beli je baju bundle
Quote afie_m 26-11-2025 03:32 PM
ni asal bergaya, sanggup mencuri lah ni, umur pun bukan muda nak mencuri lagi ke
Quote supernaturalee 26-11-2025 03:41 PM
dorg buat social sexperiment ke





rm640 utk 10 helai

so lbh kurang 64 hinggit selai

not bad gak

tgh sale ke weh

Quote PULANGKAN 26-11-2025 04:32 PM
pencuri sekarang naik toyota
Quote B40tastePosh 26-11-2025 04:33 PM
supernaturalee replied at 26-11-2025 03:41 PM
dorg buat social sexperiment ke



Sales New Year and Christmas kot
Quote supernaturalee 26-11-2025 04:41 PM
B40tastePosh replied at 26-11-2025 04:33 PM
Sales New Year and Christmas kot

owh okey2




Quote prettyuglybabe 26-11-2025 04:51 PM
kiranya padini tu ado ado la ye untuk orang melaka
Quote TTun_Teja 26-11-2025 05:08 PM
Rm60 lebih sehelai..
Affordable kot.
Klau x mpu skligus..
Bli la satu setiap bulan...
Asal x mcuri...ni, x psal2 kena byar saman n kena tahan...
Quote Jitu 26-11-2025 06:04 PM
laki bini kleptomaniacs la ni

Quote B40tastePosh 26-11-2025 06:07 PM
Edited by B40tastePosh at 26-11-2025 06:09 PM
prettyuglybabe replied at 26-11-2025 04:51 PM
kiranya padini tu ado ado la ye untuk orang melaka


Padini tu branded la..kain ddan product diia pun high quality. cuma dia brand local.. listed dalam Bursa Malaysia
Quote Orix 26-11-2025 07:12 PM
3 cawangan Padini Melaka ?

Aeon Bandaraya
Dataran Pahlawan

1 lg Padini Melaka kt mana ?
Quote sharlenetexas 26-11-2025 07:18 PM
Aku beli blouse padini dapat rm20.


Quote kaedahnya 27-11-2025 12:34 AM
Kot ye pun nak curi aduhh
Quote sukacactus 27-11-2025 06:07 AM
Oh ada keje. Ingatkan gelandangan ke hapa sampai jd pencuri bersiri padini stores
Quote nisako 27-11-2025 07:51 AM
pe hal curi padini hahaaa sabo jelah
Quote IzzahF 27-11-2025 09:08 AM
aiols rajin beli baju kat padini dgn BO, rasa takde la mahal nau. ok la buat ganti2...rege lbh krg BO je..

ni mmg perangai kaki kelepet kot ni
Quote yenil95 27-11-2025 09:10 AM
dah senja pun buat perangai. ishhh!

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.053152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top