CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu bawah 16 tahun dilarang guna media sosial mulai tahun depan - Fahmi Fadzil

26-11-2025 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 572| Komen: 8

 


RAKYAT Malaysia berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan mendaftar akaun media sosial mulai tahun depan, kata Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu sekali lagi menegaskan perancangan kerajaan Madani untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak di alam maya.

Katanya, penyedia platform dijangka melaksanakan pengesahan identiti elektronik electronic know your customer atau eKYC pada tahun depan.

“Kita jangka semua penyedia platform bersedia melaksanakan eKYC menjelang tahun depan,” katanya kepada media.

Fahmi berkata demikian selepas menutup seminar kesedaran penipuan dalam talian yang dianjurkan IPPTAR.

Tambahnya, Australia akan melaksanakan had umur pengguna media sosial bulan depan dan perkembangan itu akan dipantau dengan teliti.

“Negara lain mungkin mempunyai pendekatan masing-masing dan kita akan menelitinya,” katanya.


Fahmi berkata matlamatnya adalah memastikan kanak-kanak bawah 16 tahun dilarang menggunakan media sosial, sambil menambah langkah itu menjadi sebahagian perlindungan lebih luas menerusi pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian yang berkuat kuasa 1 Januari.

Buat masa ini, Fahmi menggesa ibu bapa menggalakkan aktiviti luar untuk kanak-kanak kecil berbanding penggunaan skrin yang berlebihan.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu memantau penggunaan gajet anak-anak.

Oktober lalu, kabinet memutuskan untuk menaikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun.

Katanya, ini adalah peningkatan daripada cadangan awal iaitu 13 tahun, sambil memaklumkan semua platform akan diwajibkan melaksanakan eKYC bagi mengesahkan umur pengguna ketika pendaftaran.

Fahmi berkata proses pendaftaran perlu bergantung pada dokumen rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-11-2025 06:24 PM
takpe..takpe..arini saiya 16...bila 21...saiya terus undi pembangkang....
Quote sharlenetexas 26-11-2025 07:24 PM
Kalau maknbapak "jual" anak bawah umur kat medsos?

Quote lurkingaround 26-11-2025 07:39 PM
Edited by lurkingaround at 27-11-2025 05:21 PM

.
Bagaimana dengan akaun2 medsos yang sedia-ada atau sudah berdaftar - mereka mungkin berumur 10 tahun ke 100 tahun. Semua kena eKYC juga tahun depan.?
.
Quote lurkingaround 26-11-2025 07:44 PM
Edited by lurkingaround at 26-11-2025 07:46 PM

.
Adakah maklumat peribadi eKYC akan dilupuskan (deleted) oleh penyedia platform medsos selepas pengesahan umur 16 tahun keatas telah dipakai, samaada gagal ataupun  lulus.?
.
Quote nisako 27-11-2025 07:52 AM
habis akau sedia ade mcm mana
Quote orkid_amani 27-11-2025 06:40 PM
Dekat tiktok bersepah jaaa acc budak2 sekolah. Aii tau sbb ank aii pakai acc aii utk chat kawan2 dia. Dekat tiktok banyak  idea utk buat buku scrap & kerja PSV..
Quote B40tastePosh 28-11-2025 03:56 PM
Haramkan diorang main game.
Quote cm_vungtau 28-11-2025 04:03 PM
Bagus la. Menyampah haku balik2 six seven six seven. Tahapa2 bebudak sekarang. Pastu dok bergaduh online dok up story. Eh anak siapa la perangai mean girls

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.046195 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top