|
Kali pertama bertemu, penyanyi Shila Amzah, 35, mengakui sudah dapat merasakan aura baik pada bapa tirinya Brigadier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata, naluri hatinya mengatakan Zainal Abidin adalah jodoh paling tepat buat ibunya Fauziah Sarman dan bahagia melihat mereka saling melengkapi. "Walaupun baru beberapa hari, tapi saya rasa semenjak jumpa dengan Babah (Zainal Abidin), memang dia (Fauziah) sangat 'happy'lah. Sebab mak saya sebenarnya sangat sukar untuk jatuh cinta. "Jadi apabila kata orang, diberikan peluang kedua ini, sama-samalah mak dan juga Babah saling melengkapi sesama sendirilah. Apabila saya pertama kali jumpa Babah itu memang 'good aura'. "Alhamdulillah, sebenarnya saya sangat-sangat 'happy'. Kata orang, benda yang tidak dijangkakan," katanya ditemui pada pelancaran album baharunya berjudul SA25, di sini, semalam.
Fauziah dan Zainal Abidin turut hadir memberi sokongan pada majlis yang cukup besar makna buat penyanyi Memori Tercipta itu sempena 25 tahun perjalanannya sebagai anak seni. Sebagai anak yang sangat melindungi ibunya, Shila tidak melihat perkenalan singkat mereka sebagai isu besar untuk mengecap kebahagiaan semula meskipun sudah berada di usia lanjut sekalipun. Baginya, kisah Fauziah atau mesra disapa Mama Zie dan Zainal Abidin ada persamaan dengan pertemuannya bersama suami tercinta, Ubai. "Saya dan Ubai memang pengawas kepada mak saya. Sama juga sepertimana saya dengan Ubai, daripada kawan, tak tunggu lama terus ajak kahwin. Kemudian mak mengalami, kira macam situasi sama juga. "Orang cakap, kalau sudah tua, biarlah bahagia dengan anak-anak saja. Tapi anak-anak pun ada 'life' sendiri dan mak kami sendirian. Jadi biarlah di usia mana pun mereka berhak mengecapi bahagia," katanya. Terdahulu, Fauziah mendedahkan terkejut apabila dilamar Zainal Abidin selepas perkenalan singkat mereka selama sebulan. Mereka berkenalan selepas pelakon Serina Redzuwan mengatur beberapa pertemuan sebelum selamat dinikahkan pada Sabtu lalu. Berita gembira itu dikongsikan pereka fesyen Seth dan Luth menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram (IG) mereka. Sumber : Harian Metro |
emera replied at 26-11-2025 03:05 PM
Pak tiri tu status apa sblm kawen dgn mak ko, xila?

NazRysha replied at 26-11-2025 03:36 PM
meh aku jawab
duda dah 8 tahun
duda anak 2



ADVERTISEMENT