|
Pelakon dan penyanyi veteran, Salih Yaacob, 64, dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital, namun keadaannya semakin stabil. Berita mengenai kesihatan pelakon itu dikongsikan anak perempuannya, Effa Soleha menerusi sebuah hantaran video sambutan hari jadi buat bapanya di akaun TikToknya, semalam. Dalam hantaran itu, Effa memaklumkan kesihatan bapanya semakin pulih dan memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan pelawak berkenaan. "Alhamdulillah, selamat hari jadi papa. Papa dah lebih baik dari semalam (kelmarin). Doakan abang Salih kita cepat sihat," tulisnya di ruangan kapsyen. Effa turut menegaskan kepada netizen untuk tidak memberikan komen negatif dalam hantarannya itu. "Untuk yang suka komen negatif, jangan komen," tulisnya lagi. Menerusi video itu, Effa bersama seorang adik perempuannya menghadiahkan wang tunai serta sebuah telefon bimbit baharu kepada Salih.
Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Salih diberikan kesembuhan seperti sediakala. "Semoga cepat sembuh bang saleh," tulis netizen. " Terbaik abang Salih, semoga sihat selalu. Keluarga pun terbaik sentiasa menceriakan orang sakit," tulis warganet. "Semoga abang Salih 'The Legend' cepat sembuh!! InsyaAllah..," tulis warga maya. Sumber : Harian Metro |
emera replied at 26-11-2025 03:00 PM
Huish sakit apa tu? Nmpk mcm dh 80an

cawanmilosuam replied at 26-11-2025 04:27 PM
64? series r.. mcm 89 tahun..
uda replied at 26-11-2025 06:11 PM
Nampak tua sangat sebab gigi dah takda sebab tu kena cepat2 ganti gigi yang dicabut supaya facial ...
cawanmilosuam replied at 26-11-2025 06:13 PM
make sense
ADVERTISEMENT