CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikecam Nak Isteri Cantik, Zizi Kirana Pertahan Haroqs - “Saya beritahu dia jangan dengar cakap netizen"

26-11-2025 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 605| Komen: 5

 


Penyanyi Zizi Kirana menitipkan nasihat kepada pempengaruh media sosial Haroqs supaya mengabaikan kecaman netizen mengenai rupa parasnya.

Memetik HibGlam, Zizi berkata Haroqs tidak sepatutnya terkesan dengan kata-kata negatif netizen susulan kenyataan mengenai kriteria isteri idamannya sebaliknya jalani kehidupan seperti biasa.

“Saya beritahu dia jangan dengar cakap netizen dan nasihatkan lakukan apa sahaja yang diingini. Dia tahu apa fokus yang mahu dicapai.

“Tentang kenyataan yang dia berikan (kriteria isteri idaman) itu, saya minta dia buat tak tahu sahaja. ‘Langau-langau’ itu sentiasa ada di mana-mana. Buat tak tahu sahaja,” katanya.

Sementara itu, kriteria wanita idaman Haroqs tidak sepatutnya dipersoal kerana ia cita rasa masing-masing dan tidak mengganggu sesiapa pun.

“Dia tak mengadu tapi dia macam mempersoal mengapa orang tak boleh terima pendapatnya. Setiap orang mempunyai pendapat sendiri dan begitu juga cita rasa. Mungkin dia rasa cantik atau kacak tetapi orang lain tidak.


“Jadi, saya rasa cita rasa atau kriteria seseorang tak perlu pun nak dipertikaikan. Biarkan, tak ganggu hidup kalian pun, relaks sahaja,” katanya.

Terdahulu, Haroqs berkata dia mengakui kecantikan fizikal seseorang itu adalah penting baginya apatah lagi apabila berkahwin suami akan melihat isteri setiap hari.

Sumber: HibGlam, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-11-2025 02:09 AM
Haroqs ni pon mesti byk duit kan.. Ramai je nanti perempuan cantik yg nak.. Dah banyak dah bukti
Quote DARSITA 28-11-2025 02:37 AM

Ada satu ceramah ustaz Arab. Ada satu pemuda nak isteri cantik itu jer doa dia tiap waktu tiap hari. Satu hari dia accident kereta ..masuk hospital. Di sana bertemu dgn wanita cantik dan dia jatuh cinta tapiiii wanita itu bisu!
Quote AWEKSAMURAI 28-11-2025 04:38 AM
DARSITA replied at 28-11-2025 02:37 AM
Ada satu ceramah ustaz Arab. Ada satu pemuda nak isteri cantik itu jer doa dia tiap waktu tiap hari ...

Aku harap mamat ni dpt wanita cantik tp wanita itu buta mata
Quote penmerah 28-11-2025 05:22 AM
Kalau wajahmu tidak memberi tapi kaya raya melimpah ruah no hal dekkk, pasti berderet pompuan lawa datang
Tapj kalau takat t20 ke bawah berbekalkan wajah sebegitu... akak yg kertu ni pun rijek ko dek apatah lagi pompuan lawa
Quote A-Are 28-11-2025 08:07 AM
ada ke orang xnak pasangan cantik? lelaki ke perempuan sama je...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.103123 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top