CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liza Abdullah sering dicop sebagai pelakon watak antagonis

25-11-2025 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 644| Komen: 13

 


NAMA pelakon berkaliber, Liza Abdullah cukup sinonim dengan watak ibu mentua antagonis dalam deretan drama terdahulu.

Kali ini, Liza diberi tanggungjawab untuk membawakan watak Che Yam, seorang ibu mentua kejam terhadap menantunya dalam drama bersiri, Sumpah Ibuku di TV3.

Bagi Liza, pengalaman ini adalah satu lagi rezeki berharga buatnya walaupun kini sering dicop sebagai pelakon watak antagonis.

"Saya sudah banyak berlakon watak mak sampai orang cop saya sebagai watak jahat. Tapi, ada sebabnya kenapa watak itu jadi begitu. Saya sendiri seorang ibu dan ibu mentua.

"Bila membaca skrip ini, dan bila saya bertanya kepada pengarah, saya diminta untuk menjadi sejahat-jahatnya. Saya rasa tanggungjawab itu amat berat.

"Tapi dengan bantuan pelakon lain, banyak yang dipermudahkan," katanya.

Berkongsi pengalaman berlakon dengan pelakon lain Liza berkata, setiap pelakon memberikan rasa berbeza.


"Saya tidak boleh memukul Izara betul-betul, tetapi dalam minda, saya kena buat seolah-olah betul-betul. Semua pelakon memberikan rasa berbeza kerana masing-masing ada karakter tersendiri," katanya.

Bagi Izara, membawakan watak Husna bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada garis halus yang perlu diteliti dan tidak boleh dilanggar.

"Cabaran dalam cerita ini sebagai Husna ialah untuk saya seimbangkan antara tidak mahu kelihatan kurang ajar terhadap ibu mentua, pada masa sama mahu mempertahankan diri.

"Garis halus antara kedua-duanya sangat mencabar.

Alhamdulillah, ada pelakon yang banyak membantu dan menegur saya," katanya.

Pelakon, Datuk Remy Ishak yang memegang watak Hadith berkata, skrip dan jalan cerita drama ini membuatkannya begitu teruja untuk turut serta.

"Cerita ini berkisar mengenai masalah lelaki, apabila nak berdepan dengan ibu, pada masa sama kita sudah ada isteri yang perlu dijaga.

"Lelaki yang menonton nanti akan rasa dekat dengan watak suami dalam cerita ini," katanya.

Penerbit, Hasniza Nordin meluahkan keyakinan bahawa drama ini dapat diterima penonton yang gemarkan naskhah berkaitan apa berlaku dalam masyarakat.

"Isu berkaitan ibu mentua yang di luar sana pun banyak berlaku. Jalan cerita ini memang kuat, ditambah pula dengan barisan pelakon yang hebat.

"Kenapa cerita ini boleh bersaing dengan cerita lain ialah kerana orang lebih suka menonton realiti masyarakat yang dekat dengan kehidupan mereka. Saya rasa Sumpah Ibuku boleh pergi jauh," katanya.

Selain Liza, Izara dan Remy, drama bersiri ini juga dibintangi , Syazwan Zulkifly, Zara Zya, Syad Mutalib dan ramai lagi.

Sumpah Ibuku yang ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula disiarkan sejak 19 November lalu.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote red_velvet 25-11-2025 11:32 PM
I suka acik liza.. Tapi lakonan acik dlm Sumpah Ibuku tu over yaa.. Terjerit2 sampai terbeliak2 mata macam tengok sinetron indon dh jdinya..
Quote sharlenetexas 26-11-2025 12:47 AM
Tak penat ke berlakon marah2?
Arwah kak maimunah taib dia kata banyak tenaga guna untuk bawak watak garang ni. Memang penat.


Quote selipar_hijau 26-11-2025 07:58 PM
balik keje selalu aku bukak tv3 dengar drama, tunggu magrib, smpai ke berita
kali ni cannot la, too bingit terjerit2 mcm org gila siakk
Quote fadz84 26-11-2025 09:40 PM
red_velvet replied at 25-11-2025 11:32 PM
I suka acik liza.. Tapi lakonan acik dlm Sumpah Ibuku tu over yaa.. Terjerit2 sampai terbeliak2 mata ...

In real life ada ke org cmtu ek? Hehehe
Quote Olumis 27-11-2025 01:00 AM
Awet muda la kak liza ni. Muka tak berubah pun.
Quote kakaro940 27-11-2025 01:22 PM
aku lg suka dia berlakon ada komedi sikit..lucu..berbanding antagonis..drama skrg ni sikit2 marah..
Quote nicolebaby 27-11-2025 04:02 PM
tetap watak mak leha yang terkesan...waktu jahat, jahat sangat...waktu sayang nampak caring.
Quote September14 27-11-2025 04:10 PM
red_velvet replied at 25-11-2025 11:32 PM
I suka acik liza.. Tapi lakonan acik dlm Sumpah Ibuku tu over yaa.. Terjerit2 sampai terbeliak2 mata ...

Knpa tajuk sumpah ibuku? Ibu sapa yg dimaksudkn?
Quote cmf_premierleag 27-11-2025 05:35 PM
Mcm bangang je liza burung hantu ni dlm drama sumpah ibuku..aku x tgk pun drama ni .tp tgk kt iklan kt tv je
Cam sial je ckp terjerit2 dgn mata terjegil2 ..suara dah la bingit time2 maghrib ms ko terjerit2 tu..kalo liza burung antu ni keluar tv, cecepat aku tukar cenel sbb meluat sgt tgk dia belakon over nak mampos dgn director pun sama bodoh abadi
Ko patut stick je bwk watak kawan asmidar ms zmn ali setan dulu
Dah pakai tudung smpi ke dagu pun terjerit2 lg mcm sial
Quote bottombikini 27-11-2025 06:30 PM
dora nak pegi mati ayah
Quote acikbajuhijau 27-11-2025 08:33 PM
Bagi acik mcm boring sbb watak tu same je mcm watak mak leha dulu
Quote kerz 28-11-2025 12:47 AM
Low class gila drama meleis...brain dead aku
Quote zad78 28-11-2025 04:42 PM
tak kisah la nyaaah oiiii....jadi ader job......

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033055 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top