CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia di usia 69 tahun

25-11-2025 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5343| Komen: 102

 


Anak kedua pelakon Dharma Harun Al Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan bapanya meninggal dunia sendirian di rumah mereka, hari ini.

Muhammad Al Syafiq ketika dihubungi berkata, dia baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.

 
"Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans," katanya yang kedengaran panik ketika dihubungi, sebentar tadi.

Pada Julai lalu, Harian Metro melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.


Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

Allahyarham Dharma, 69, yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi menerusi WhatsApp ketika itu dipetik berkata, berat badannya hanya 45 kilogram.

Allahyarham tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 25-11-2025 11:15 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah pd family arwah.
Quote Samerosie 25-11-2025 11:17 PM
1000084632.jpg
Quote Sekaisilver 25-11-2025 11:28 PM
Innalillahhiwainnailahirojiun..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga
Quote kucing_gebu 25-11-2025 11:59 PM
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Lps ni pandai2 la biawak ni cari kerja
Quote doubleA 26-11-2025 12:14 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Dah keras tu maknanya dah lama meninggal urat sendi dah masuk angin. Sian plak meninggal sendirian
Quote awenda507 26-11-2025 12:16 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Allahumma firghlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu. Salam takziah buat keluarga
Quote naina 26-11-2025 12:25 AM
Kesiannya meninggal sendirian
Kasih bapa hingga hujung hayat
Bukan kah haritu ada produser offer arwah ni berlakon sebab terdesak nak survive..ramai bantah kan sebab dh uzur sgt
Quote sharlenetexas 26-11-2025 12:42 AM
Salam takziah


Quote Moyangkucing 26-11-2025 12:44 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiuun
Allahummagfirlahu warhamhu
Quote mawarberbisa 26-11-2025 12:53 AM
Inalillah.. kesian sangat

aku nk cakap jahat tapi yelah anak nya terpaling belajar aswara sampai bapak mati pun sorang2
Quote Skyline_84 26-11-2025 01:08 AM
Salam takziah
Quote mrsLucky 26-11-2025 01:09 AM
takziah...sudah sampai ajal....kita pon tak tahu bagaimana ajal dan pengakhiran kita...
Quote DARSITA 26-11-2025 01:55 AM

Tak ada alasan lagi utk tidak keluar dari rumah sewa. Belajar belajar la hidup berdikari ya anak.
Quote lanacondor 26-11-2025 01:57 AM
Salam takziah..Alfatihah.
Quote cap_ayam 26-11-2025 05:28 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote Duta lover 26-11-2025 06:38 AM
Akhirnya ada jalan keluar untuk dharma dari seksa dunia membesarkan anak2.
Quote tepisket.. 26-11-2025 07:05 AM
Edited by tepisket.. at 26-11-2025 07:28 AM

Innali llahi wainna ilaihi rajiun.. Adik ni mesti terkilan x dpt ajar ngucap n nampak depan mata ayah dia da terlentang gitu. Masa kelas tu x sempat update ke ayah da makan lom? Cmtu la kut
Quote Duta lover 26-11-2025 07:11 AM
naina replied at 26-11-2025 12:25 AM
Kesiannya meninggal sendirian
Kasih bapa hingga hujung hayat
Bukan kah haritu ada produser offer ar ...

Producer tupun da masuk icu..nyawa kritikal aritu

*A.aida
Quote Samerosie 26-11-2025 07:32 AM
Duta lover replied at 26-11-2025 06:38 AM
Akhirnya ada jalan keluar untuk dharma dari seksa dunia membesarkan anak2.

Dapat berehat dr memikirkan cara nak dpt duit  membela sekor biawak.  Sekarang pandai2 la dia hidup.  Yg perempuan tu boleh la juga kawin.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065104 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top