|
Pelakon Hisyam Hamid mengakui sudah penat kerana kerap diberikan naskhah bertemakan curang dan mencurangi. Memetik Utusan Online, Hisyam bagaimanapun berkata itu realiti sebenar apabila stesen televisyen akan memilih drama berdasarkan rating penonton meskipun ada yang sudak muak dengan naskah sedemikian. “Bila tidak habis-habis cerita curang sebegini yang mendapat rating tinggi, salah siapa? Sudah tentu penerbit dan penyiar mahu tetap buat cerita begini sebab tontonan yang tinggi. “Pengkarya kita bukan tidak cuba buat benda baharu, tapi usaha itu tidak mendapat sambutan. Adat dunia perniagaan jika orang keluarkan modal, mesti mahukan pulangan. Jika pulangan tidak memberangsangkan buat apa mahu keluar modal lagi,” katanya. Sementara itu, Hisyam berkata sebagai pelakon dia perlu melunaskan setiap kerja yang ditawarkan dengan profesional tambahan pula itu adalah kerjayanya sepenuh masa.
“Sebagai pelakon pun ada projek yang kita nak buat dan perlu dibuat. Kita terpaksa melakukannya. Samalah juga dengan cerita bertemakan curang begini. “Orang mungkin cakap sudah bosan dengan cerita begini tapi data dan rating menunjukkan masih dapat permintaan tinggi. Kita sebagai pelakon pun tidak boleh lari. “Cuma secara peribadi memang penatlah terima tawaran begini cuma selagi mana terima tawaran, saya tidak akan tolak rezeki. Jika memilih sangat tidak boleh juga sebab kita berlakon sepenuh masa,” katanya. Sumber : mStar Online, Rotikaya |
mau semua acik2 kalih ke channel animal planet... Lagi berair nengok nelayan baling2 jala ikan dengan tangan kekar... Dah la bayar astro 3x lagi mahal dari netflix... Hujung2 dapat tengoo rhoper hero taraf2 anjing jalanan yang jadi watak sampingan dalam netflix jah... Kau bayangkan netflix tu woke dan diversities pun pilih yang rupa sedap memandang yach... Ni pengarah malaysia kalau finas lulus letak kodok dekat tengah skrin tv pun kau sanggup letak kodok tu kan
kucing kurap oyen penuh sabut nyoq pun di letaknya
dudaberhias replied at 26-11-2025 07:59 PM
Kalau drama hero muka herlok curang memang la permintaan tinggi... Cuba kalau rhoper cam anjing laut ...

hina betul..
ADVERTISEMENT