|
Pelakon Uqasha Senrose berkata dia sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya serta memberi peluang kepada suaminya, Kamal Adli namun tiada perubahan. Menurut Uqasha lagi, dia sudah cuba bertahan dan keputusan untuk memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu bukan dibuat secara tergesa-gesa. Kata Uqasha lagi, dia bertemu keluarga Kamal terlebih dahulu susulan permasalahan berlaku bagi menjaga maruah kedua belah pihak serta tidak mahu kemudaratan berlaku pada dirinya dan anak mereka, Hawra Uqaira. “Saya rujuk keluarga Kamal terlebih dahulu sebab saya tak mahu ada keaiban dari keluarga saya. Saya tak mahu apa yang berlaku ini mendatangkan kemudaratan kepada saya dan anak di kemudian hari. “Saya harus ambil tindakan sebab saya sayangkan diri saya dan saya masih ada mak ayah. Keluarga saya perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangga kami,” katanya.
Dalam pada itu, Uqasha turut menitipkan pesanan kepada wanita-wanita diluar sana yang melalui perkara sama sepertinya untuk bangkit. “Untuk perempuan-perempuan di luar sana seperti mana saya kena, tolonglah bangkit. Jangan memudaratkan diri anda. Korang ada keluarga, support yang kuat,” katanya. Sumber :- – Rotikaya |
shida81 replied at 20-11-2025 04:11 PM
Apa yg dia kene sebenarnya nih...
naina replied at 20-11-2025 04:35 PM
Itulah pasal..apa yang teruk sangat tu sampai mengajak perempuan lain pun bangkit cerai sama macam d ...
MissYouSayang replied at 20-11-2025 05:13 PM
Hakak syah kerang sheols lama x servis .so rasa isteri diabaikan
ADVERTISEMENT