CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

16,951 remaja berusia bawah 19 tahun hamil luar nikah - KPWKM

20-11-2025 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 627| Komen: 13

 


KUALA LUMPUR – Seramai 16,951 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin hamil direkodkan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh 2020 hingga 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha membendung isu itu dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, kaunseling dan sokongan komuniti.

“Antara inisiatif tersebut termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti). Di samping itu, KPWKM akan melancarkan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara yang baharu untuk memperkasa keluarga untuk kestabilan sosial.

“Usaha membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajar digembleng bersama oleh semua pihak demi masa depan generasi muda yang lebih sejahtera,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan Mohd. Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berhubung jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut kaum dari 2020 hingga kini.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Misbahul, Nancy berkata, seramai 41,842 remaja hamil berusia 19 tahun ke bawah yang direkodkan mendapatkan perkhidmatan di klinik kerajaan. Jumlah itu meliputi kedua-dua status remaja yang berkahwin dan belum berkahwin.

“Lebih kurang 50 peratus adalah Melayu, Iban (11 peratus), Orang Asli (9 peratus), Cina (5 peratus), India (3 peratus) dan selebihnya etnik lain,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GSS-Sri Aman), katanya, lelaki tanpa mengira usia yang bersetubuh dengan perempuan bawah umur dianggap rogol walaupun hubungan itu dibuat secara rela.

Katanya, beliau secara peribadi berpendirian kanak-kanak yang terlibat dalam hubungan seksual secara suka sama suka perlu dilindungi, dibimbing dan dipulihkan, bukannya dihukum semata-mata.

“Sama ada dia kanak-kanak lelaki atau perempuan, mereka tidak seperti tahap pemikiran orang dewasa. Tahap kematangan mereka perlu diambil kira di mana seorang kanak-kanak tidak dapat menilai kesan kelakuan atau tindakan mereka terutama implikasi jangka panjang.

“Jadi kanak-kanak harus diberi ruang memulihkan diri dan membina semula kehidupan tanpa dibebani stigma atau trauma jangka panjang,” katanya.

Tambahnya, setiap individu dewasa perlu memikul tanggungjawab membimbing dan melindungi kanak-kanak dalam menangani isu tersebut.

“Yang penting ibu bapa perlu memainkan peranan. Jaga anak kita dan pastikan mereka sentiasa dalam perlindungan kita,” katanya.  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 20-11-2025 03:45 PM
Edited by B40tastePosh at 20-11-2025 03:46 PM

Bayangkan dosa besar yang dibuat generasi muda sekarang.

Semakin banyak, dan semakin banyak membuka kebocoran tenaga rohani. Bila berlaku kebocoran begini, tekanan mental dan sihir mudah menyerap dan menyerang tuan badan.
Quote B40tastePosh 20-11-2025 03:47 PM
Edited by B40tastePosh at 23-11-2025 08:52 PM

Bukan sahaja itu, bila meninggal kedua orang tua , doa dari anak itu pun tak sampai dan terhijab dari sampai.

Anak luar nikah tak dapat berbakti pada kedua orang tuanya apabila meninggal kedua orang tuanya yang berzina.

Doa dan kebaikan/sedekah untuk untuk orang tua bukan sahaja untuk kedua orang tuanya yang meninggal dunia tetapi seluruh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia yang beriman dalam Islam. Kerana roh di alam barzakh itu saling berkumpul dah berziarah sesama roh.
Quote sharlenetexas 20-11-2025 09:36 PM
Yang beranak berapa ramai?


Quote ninja boy 20-11-2025 09:47 PM
Anak luar nikah gay wanita pengikut dajal
Quote Decaffeinated 21-11-2025 11:21 AM
Nampak tak bangsa mana yang paling bermasalah. Melayu ni lifestyle dah serupa orang barat tapi masih in denial tu sebab macam tak ada penyelesaian. Yang sibuk nak dibungkus kepala pompuan sedangkan kepala jantan yang dibawah tu free flow uncapped.
Quote yenil95 21-11-2025 01:10 PM
rosak anak2 kerana mak bapak tak ajar anak betul-betul.
Quote DugongTerbang 21-11-2025 02:16 PM
Decaffeinated replied at 21-11-2025 11:21 AM
Nampak tak bangsa mana yang paling bermasalah. Melayu ni lifestyle dah serupa orang barat tapi masih ...

X apa.. yg pnting pakai tudung
Quote cmf_jeangrey 21-11-2025 05:24 PM
“Lebih kurang 50 peratus adalah Melayu, Iban (11 peratus), Orang Asli (9 peratus), Cina (5 peratus), India (3 peratus) dan selebihnya etnik lain,” katanya.


Adakah maksudnya budak2 Cina lebih bijak berfikir? Yang having kids di bawah usia 20 tahun is not ideal and affordable? Or at least tahu how to have protected sex?


Quote B40tastePosh 23-11-2025 09:44 PM
cmf_jeangrey replied at 21-11-2025 05:24 PM
Adakah maksudnya budak2 Cina lebih bijak berfikir? Yang having kids di bawah usia 20 tahun is not  ...

Melayu suka pancut dalam
Quote plywood 23-11-2025 10:04 PM
cmf_jeangrey replied at 21-11-2025 05:24 PM
Adakah maksudnya budak2 Cina lebih bijak berfikir? Yang having kids di bawah usia 20 tahun is not  ...

protected sex lah barangkali...  pakai kondom bukan main pancut shj.

kerajaan buat somethinglah, kalau beberapa layer pencegahan yg dibuat selama ini tembus, ajar supaya at least pakailah kondom.. atau klu nak keras sedikit, penjarakan ibubapalah...  

Quote rain2169 24-11-2025 08:58 AM
dalam tempoh 4 tahun.... 16 ribu hamil luar nikah??
itu baru dibawah umur 19 tahun...
Quote atniz 24-11-2025 09:12 AM
Quote tungkai 24-11-2025 09:46 AM
Dah tu bila ada pendidikan seks, mak bapak kata tak appropriate, budak2 plak melucah siap attack pendidik...Cemana tu?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048170 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top