CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“4 Tahun Saya Beri Peluang Untuk Dia Berubah Tapi Tak Berubah” - Uqasha Senrose

19-11-2025 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8932| Komen: 94

 


Pelakon Uqasha Senrose berkata dia keputusan memfailkan perceraian bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya selepas empat tahun berusaha pertahankan rumah tangga.

Memetik Sinar Harian, Uqasha berkata dia turut memberi peluang kepada suaminya, Kamal Adli untuk berubah serta cuba bertahan namun tiada perubahan.

“Empat tahun saya beri peluang untuk dia berubah, selama kami mendirikan rumah tangga. Bukan saya tak cuba.

“Sebenarnya saya sudah berusaha untuk perbaiki sebanyak mungkin dan saya cuba bertahan selama yang mungkin, tapi dia tetap tidak berubah,” katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata sepanjang kemelut berlaku dia selesaikan permasalahan itu sendiri termasuk berjumpa dengan keluarga mentuanya untuk berbincang.

“Saya sendirian kendalikan masalah ini. Malah saya berjumpa keluarga Kamal terlebih dahulu untuk berbincang mengenai masalah rumah tangga kami tapi malangnya tak ada perubahan juga,” katanya.



Tambah Uqasha lagi, dia bertemu keluarga Kamal terlebih dahulu untuk menjaga maruah kedua belah pihak serta tidak mahu kemudaratan berlaku pada dirinya dan anak mereka, Hawra Uqaira.

“Saya rujuk keluarga Kamal terlebih dahulu sebab saya tak mahu ada keaiban dari keluarga saya. Saya tak mahu apa yang berlaku ini mendatangkan kemudaratan kepada saya dan anak di kemudian hari.

“Saya harus ambil tindakan sebab saya sayangkan diri saya dan saya masih ada mak ayah. Keluarga saya perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangga kami,” katanya.

Sumber :- Sinar Harian, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 19-11-2025 10:34 PM
Semoga dipermudahkan-Nya segala urusan kalian.
Amein.
Quote piahsemah 19-11-2025 10:47 PM
Jd betul la bks pa dia yg kena pukul tu cakap ker emak dia kan

Hrp yg baik2 saja la
Quote mrsLucky 19-11-2025 11:18 PM
Apa yang Kamal buat? Netizen tak tau la...share sikit...
Quote testly 19-11-2025 11:43 PM
Kita mmg x boleh nak ubah org, yg kita boleh hnylah ubah diri kita sendiri kpd yg lbh baik dan reaksi kita...
Quote L.U.S.M 20-11-2025 06:06 AM
Ko punya perangai macam bagus sgt...aibkan laki dlm live.. merajuk xhbs2..aku yang perempuan ni pun rimas tgk..nk kata cantik sgt..xde pun..cantik level biasa2 je...btw ritu ko nk burukkan suami skali xjadi..now ko bwk cerita lain..tiap2 kali sesi court lain2 cerita ko bawak..ckp jela dh xde hati..kan senang..ini mcm2 point xlogik ko heret..sama mcm mak janda menceceh tepi longkang tahun lepas
Quote Cekgushilla 20-11-2025 06:06 AM
testly replied at 19-11-2025 11:43 PM
Kita mmg x boleh nak ubah org, yg kita boleh hnylah ubah diri kita sendiri kpd yg lbh baik dan reaks ...

Kita susah nk ubah habit seseorang tapi kita ada pilihan tukar org heheh
Quote apedehal 20-11-2025 07:33 AM
Semoga ada jln penyelesaian terbaik buat kedua pihak. Kadang bila kita perjuang nasib sndiri kita lak nmpak jahat ye, bertabahlah. Mnta dengan tuhan sebaik baik jalan & semoga Allah permudahkan jln tersebut.
Quote TeropongThaico 20-11-2025 07:40 AM
Cer citer cer citer...
Harap yg baik2 la korg tp tu le mcm tersiksa sgt tu
Quote ctnorpropa 20-11-2025 07:53 AM
Sorry oot sikit. Cantik sangat Uqa pakai tudung bawal semalam masa pergi court semalam
Quote zuriey 20-11-2025 07:57 AM
ctnorpropa replied at 20-11-2025 07:53 AM
Sorry oot sikit. Cantik sangat Uqa pakai tudung bawal semalam masa pergi court semalam

Ni iols setuju dgn muka polos sheols tu mmg npk lbh cantik..
Sheols pun dah kurus amat muka jadi runcing..
Quote cm_vungtau 20-11-2025 08:09 AM
Dah 4 tahun maksudnya dalam 4 tahun tu kan kepala Kemal kena katok? Ko sesambil kepala orang kena katok ko pun pergi mengadu kat mak dia?
Quote tagas 20-11-2025 08:25 AM
Sindrom women always rite la nihh

dah tu nape salah pilih suami
Quote nisako 20-11-2025 08:47 AM
ape niiiiiiiiii
Quote babigemuk 20-11-2025 08:49 AM
Support je keputusan ni
Quote babigemuk 20-11-2025 08:49 AM
Support je keputusan ni
Quote Hanzeviera 20-11-2025 09:56 AM
percubaan utk pr drpd ungka. Biasala dunia seni ni paling penting adalah naratif & public opinion. Nampak nau la dah takde hati dkt tok laki dari haritu lagi cuba nak buruk kan tok laki tp tak berjaya. Nak cerai tu cerai je. Toksah sibuk nak orang side dekat hg semata
Quote blakcswan 20-11-2025 10:06 AM
kesan kena katok kot si kamal ni jadi slow.apa uqa nk dia buat bodo.tu yg uqa x puas ati..dlu pun b4 kawin kamal ni jenis sidai gf dia kan..couple brtahun tp x ajak kawin..slow benor..lps kena katok lagi slow kot
Quote aciksenah 20-11-2025 10:18 AM
Hanya tuan badan je tahu...kalau dia dah tak bahagia, buat apa nak teruskan. Kalau rasa tu jalan terbaik..bio le dia. Yang menanggung tu dia. Kalau ada jodoh..mana tau bersatu balik mcm hattan tu..
Quote MeowPARSI 20-11-2025 10:21 AM
Nasib baik kamal x capoi mulut tersebut

AKU BAGI KO 4 THN UTK TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA,, TP MAKIN BOGEL PLAK! AKU SABO JE NI"

hahaha

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055808 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top