CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seminggu bergelar mualaf, kekasih Ben Amir diserang netizen kerana penampilan… “Tak boleh dedah aurat bila peluk Islam”

19-11-2025 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5208| Komen: 44

 


BAHARU seminggu memeluk Islam, wanita yang dipercayai kekasih Ben Amir iaitu Maiya diserang netizen gara-gara penampilannya yang tidak menutup aurat. 

Maiya atau nama Islamnya Liana Alana berkata netizen mula mengharapkan dia menjadi muslimah sejati walaupun baru bergelar mualaf.

“Baru seminggu masuk Islam dan nampaknya orang dah mengharapkan saya jadi versi lengkap, naik taraf penuh, macam dah 100% siap," katanya.

Maiya berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya. 

 

Luahan itu dipercayai dibuat selepas menerima mesej daripada netizen yang menegurnya tentang aurat selepas bergelar Islam.


Menerusi mesej yang diterima, Maiya dikatakan tidak seharusnya mendedahkan aurat selepas memeluk Islam.

"Liana, rambut itu aurat. Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk Islam," ujar individu tersebut.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata meminta Maiya agar tidak melayan mesej yang berbentuk negatif.

Mereka sebaliknya berharap Maiya dapat melakukan perubahan secara perlahan dan tidak terburu-buru.

Pada 10 November lalu, Liana ditemani Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah.

Sumber :- mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-11-2025 11:05 AM
biasalah netizen sibuk jadi polis aurat padehal diri sendiri pun solat tak lengkap etc sibuk dengan hal orang lain. Pendekatan untuk mualaf ni tak sama dengan yang born moslem dikkk..ko sekolah tak?
Quote babelina 19-11-2025 11:18 AM
netizen pnnnnn.. tu pegi komen kt bini2 nazaria tu.. lg afdal.. hahaha
Quote sukacactus 19-11-2025 01:10 PM
Apa la diorang ni, byk masa sgt nak condemn org
Bf dia yg dr lahir Islam tu pun masih pakai shorts lg, so what do you expect
Quote seri_mawr 19-11-2025 01:14 PM
ganas btl komen org tu....member tu baru je anuti islamm.... seram member tu di buatnya..

Quote hayati_hassan 19-11-2025 02:28 PM
komen  hal org tak menutup aurat
entah2 diri sdri pun tak betul
sama jugaklah dlm komen mat & minah saleh yg makan guna fork belah kanan
eh! kena guna spoon belah kanan

Quote A-Are 19-11-2025 02:33 PM
babelina replied at 19-11-2025 03:18 AM
netizen pnnnnn.. tu pegi komen kt bini2 nazaria tu.. lg afdal.. hahaha

yg tu semua murni2 je uols...mentang2 org kaya..takut kena saman lah tu
Quote Perawankota 19-11-2025 02:57 PM
Beza nau gambar kiri n kanan
Quote azhardanil 19-11-2025 03:45 PM
dia ingat aurat tu satu je punca ke neraka dan jalan ke syurga. orang tu mualaf. terus kena tutup aurat 100%. haha..
Quote TeropongThaico 19-11-2025 03:55 PM
Aah aiol pun nak tegur muka lain2 drpd org yg sama... Satu bercahaya mulus satu muka kebanyakan. Org skrg tak kisah ye gitu....

Isk yg komen pun... Saja je buat terencat semangat org tu. Ingat once dah sebut syahadah tu 100% blh terus berubah ke. Yg lahir Muslim pun mengelitat penuh dgn dosa mcm ner pula. Jaga je amalan diri & keluarga dulu jgn pandang yg lain lg
Quote dewi_rina 19-11-2025 04:00 PM
Sbb tu agama lain takut, sbb ingat agama Islam ni susah.. Itu tak boleh, ini tak boleh.. Sebenarnya Islam ni mudah je
Quote dua_chzy 19-11-2025 04:08 PM
dewi_rina replied at 19-11-2025 08:00 AM
Sbb tu agama lain takut, sbb ingat agama Islam ni susah.. Itu tak boleh, ini tak boleh.. Sebenarnya  ...

Tak mudah kalau tak hayati betul2 ajaran Islam. Dan kalau dikelilingi orang2 macam netizens tu.

Mudah bila betul2 ikhlas terbuka hati utk hayati dan amalkan ajaran Islam dan, dikelilingi ummah yang supportive, tidak judgmental dan sangat membantu.

Tapi meols tak salahkan netizens sepenuhnya. Sapa suruh gila socmed post2 gambar mengundang bini (tak sah) si Ben ni.

Quote dewi_rina 19-11-2025 04:28 PM
dua_chzy replied at 19-11-2025 08:08 AM
Tak mudah kalau tak hayati betul2 ajaran Islam. Dan kalau dikelilingi orang2 macam netizens tu.

M ...

Org2 mualaf pun pelik, eh kenapa ada melayu tak pakai tudung, kenapa dia baru masuk Islam kena pakai tudung.. Jadi kena belajar betul2.. Jgn DM mcm acik yg DM bakal bini ben ni, takleh sexy2.. Slow2 lah kan, dia pun tahu je
Sbb kwn2 cina i pun ckp Islam tak boleh itu, tak boleh ini.. Too many NO dorang kata
Quote sukanyanyi 19-11-2025 05:12 PM
sukacactus replied at 19-11-2025 01:10 PM
Apa la diorang ni, byk masa sgt nak condemn org
Bf dia yg dr lahir Islam tu pun masih pakai shorts l ...

Betul. Meols dah lama fed up dgn netizen terpaling mcmni. Meols tahannn je geram ni. Takpelah, semoga deyols tu dapat pahala la yeee tegur2 org gitu. Itu yg diharapkan kan bile jd setazah instant gitu, nk pahala kan? Haish..
Quote sukanyanyi 19-11-2025 05:17 PM
dua_chzy replied at 19-11-2025 04:08 PM
Tak mudah kalau tak hayati betul2 ajaran Islam. Dan kalau dikelilingi orang2 macam netizens tu.

M ...

Mmg ade beza la kan convert sbb nak kawen dgn yg tol2 nk dalami. Yg nk dalami tu kdg lg menutup drpd yg sedia ummah ni sbb deyols fahamkan betol2 kn. Agaknya netijen td dia takot ben tak tego bakal bini heols tu..so sheols ngambik alih tugas..
Quote miss_perfect 19-11-2025 05:33 PM
Better la engkau belajar sebut/eja Astaghfirullahalazim tu betul2.
Quote babelina 19-11-2025 05:33 PM
A-Are replied at 19-11-2025 02:33 PM
yg tu semua murni2 je uols...mentang2 org kaya..takut kena saman lah tu

ye la tu u ols.. serammmmmm.. x pasal2 kang pula kn..
Quote A-Are 19-11-2025 05:48 PM
sukanyanyi replied at 19-11-2025 09:12 AM
Betul. Meols dah lama fed up dgn netizen terpaling mcmni. Meols tahannn je geram ni. Takpelah, sem ...

nama pon netizen u ols...dalam net je berani tegur2 gini..dekat luar xda saper pon berani depan2 uols...iols dekat ofis sebelum ni mmg iols sornag freehair...xda pulak datang depan muka dok ckp bila nk pki tudung...paling2 bila timbul topik paling kuat memasing akan ckp akak doakan kau pakai lepas ni...baik je mulot semua, belakang iols xtaola...org malaysia byk keyboard warrior je u..jd artis kena abaikan semua benda ni..kalau jumpa depan2 dorang minx begambar adalah
Quote Kitty_catz 19-11-2025 06:08 PM
komen le dekat sotan serambi sama... jgn selekkk tau.. kena adil & saksama nak menegur

jgn kata sotan serambi.. tu binik2 vvip, payung2 kuning. anak ex jagong ,bini topui.. haaaaa
Quote L.U.S.M 19-11-2025 06:57 PM
Dia post ni nk validation xtutup aurat tu normal n ok ke cmne

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047769 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top