CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumlah penduduk Malaysia kini meningkat kepada 34.3 juta orang berbanding 34.1 tahun lepas

19-11-2025 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4853| Komen: 25

 


PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga (ST3) 2025 dianggarkan berjumlah 34.3 juta berbanding 34.1 juta pada tempoh sama tahun lepas, menurut laporan perangkaan demografi bagi ST3 tahun ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata pertumbuhan penduduk pada ST3 2025 adalah 0.5 peratus, iaitu lebih perlahan berbanding 1.6 peratus pada ST3 2024.

Komposisi penduduk pada tempoh tersebut merangkumi 90.1 peratus warganegara dan 9.9 peratus bukan warganegara.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata penduduk lelaki meningkat kepada 18 juta pada ST3 2025 daripada 17.9 juta (ST3 2024) manakala perempuan meningkat kepada 16.3 juta daripada 16.2 juta bagi tempoh yang sama.

"Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 102," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Uzir berkata penduduk Melayu menyumbang 58.2 peratus daripada jumlah penduduk pada ST3 2025 manakala komposisi penduduk Cina menurun kepada 22.2 peratus daripada 22.3 peratus pada ST3 2024.

Komposisi bumiputera lain dan India masing-masing kekal pada 12.3 peratus dan 6.5 peratus.

Pada ST3 2025 juga, Mohd Uzir berkata bilangan kelahiran hidup terus merekodkan penurunan sebanyak 7.8 peratus kepada 95,469 kelahiran berbanding 103,594 kelahiran pada ST3 2024, selaras dengan pertumbuhan penduduk yang perlahan.

Beliau berkata Selangor merekodkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 18,019 kelahiran (18.9 peratus) manakala kelahiran hidup terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan 316 kelahiran (0.3 peratus).

"Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 43 bayi bagi setiap jam dan 1,038 bayi sehari pada ST3 2025" katanya

Mengenai angka kematian, Mohd Uzir berkata sebanyak 46,643 kematian telah direkodkan pada tempoh tersebut, menurun 5.6 peratus berbanding ST3 2024 (49,399 kematian).

Beliau berkata nisbah jantina kematian ialah 134 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

"Secara purata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit manakala 21 kematian direkodkan setiap jam dan 507 kematian sehari pada ST3 2025," katanya.

Mohd Uzir berkata dunia ketika ini menyaksikan trend penurunan dalam kadar kelahiran dan kadar kesuburan jumlah (TFR), dengan semakin banyak negara mencatatkan TFR di bawah paras penggantian iaitu 2.1 anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun.

"Fenomena ini menimbulkan cabaran besar kepada struktur demografi, pertumbuhan ekonomi dan keseimbangan sosial di peringkat global dan negara," katanya.
 
Sumber :- BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 19-11-2025 05:42 PM
Pati berapa ramai
Quote nusaraya 19-11-2025 05:52 PM
masih terlalu sedikit .. mengapa X mendatagkan Bangla dan Rohinya lebih banyak ke MalayDesh agar target populasi 70 jutatercapai ditahun 2030 nanti sehingga MalayDesh bisa claim dirinya sebagai Negara Kuasa Besar ...
Quote Skuau 19-11-2025 07:10 PM
nusaraya replied at 19-11-2025 05:52 PM
masih terlalu sedikit .. mengapa X mendatagkan Bangla dan Rohinya lebih banyak ke MalayDesh agar tar ...

nusaraya,rohana,friska,trisna...semua ada...pak.
Quote kemaruk 19-11-2025 07:36 PM
Dah nak 35 juta dah

Bangkem masih ingat cikgu suruh hafal jumlah penduduk malaysia 30 juta orang untuk karangan SPM 10 tahun lepas
Quote ifanonline 19-11-2025 07:44 PM
berapa peratusan dan bilangan golongan andartu?
Quote silance 19-11-2025 10:29 PM
Walaupun jumlah penduduk meningkat tetapi tetaplah business orang local belum untung berlipat-lipat ketimbang jumlah asing worangs yang juga berlipat-lipat. Ini kerana asing worangs tada suka bili barang dari local business. Mereka pun tada mau bili local product kraftangan tudung saji, kain batik, kueh dodol, papan congkak, gasing, wau bulan. Mereka pun duduk sini tada mau makan nasi lemak, laksa, masa leka cili yapi, asam pedas, lain-lain local food. Handphone, laptop, gadgets, gunting rambut, jeans, tshirt pun bili kawan kidai Alibaba. Mereka tada memberi nilai tambah kepada pendapatan perkapita local pun.
Quote FOTHER-MUCKER 20-11-2025 01:26 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-11-2025 09:46 PM
nusaraya replied at 19-11-2025 01:52 AM
masih terlalu sedikit .. mengapa X mendatagkan Bangla dan Rohinya lebih banyak ke MalayDesh agar tar ...
Patutlah dihalau oleh orang Myanmar,

Ini rohingya Indonesia tak mau klim ke?

[fbp]https://www.facebook.com/reel/1957317485125843/?fs=e&fs=e[/fbp]

Quote Yunho 20-11-2025 01:44 PM
Edited by Yunho at 20-11-2025 01:48 PM

indon+bangla+rohingya+cino+india anak2 dia org yg kawin ngan jantan tempatan mmg jd ramai la....tp semua keturunan pendatang.......
abis duit cukai korang bg kat anak dia org....Malaysia semua bg diskaun untuk rakyat Malaysia yg ada ic...
mau dia org tak mengelupur nak jd warganegara...dia org bayar mahal...
mane boleh mcm tu kite dok Malaysia jugak...kata dia org...

dpt lak org Malaysia nak kawen org asing....bangla pun jd org asing gak..
Quote sharlenetexas 20-11-2025 04:47 PM
nusaraya replied at 19-11-2025 05:52 PM
masih terlalu sedikit .. mengapa X mendatagkan Bangla dan Rohinya lebih banyak ke MalayDesh agar tar ...

Nusibatrayalove5rupiah.


Quote silance 20-11-2025 05:06 PM
Junta tersenyum sinis sambil korek idung tengok video atas tu.
Quote nusaraya 20-11-2025 07:15 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-11-2025 01:26 PM
Patutlah dihalau oleh orang Myanmar,

Ini rohingya Indonesia tak mau klim ke?

[youtube]BbIF5rEzAGs[/youtube]


Quote BawangCaramel 20-11-2025 08:17 PM
IMG_20241024_012509_881.jpg IMG_20241123_123742_775.jpg
Quote sharlenetexas 20-11-2025 08:32 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-11-2025 01:26 PM
Patutlah dihalau oleh orang Myanmar,

Ini rohingya Indonesia tak mau klim ke?

Acheh halau rohingya. Pulau jawa tak tahulah.


Quote sharlenetexas 20-11-2025 08:33 PM
kemaruk replied at 19-11-2025 07:36 PM
Dah nak 35 juta dah

Bangkem masih ingat cikgu suruh hafal jumlah penduduk malaysia 30 juta orang un ...

Baru ambik spm sepuluh tahun lepas?


Quote sharlenetexas 20-11-2025 08:34 PM
BawangCaramel replied at 20-11-2025 08:17 PM

Menyantuni kucing2. Tak gi holiday pun takpe. Tak sanggup tinggal mereka kat rumah.




Quote TOPwind 20-11-2025 08:36 PM
BUMIPUTRA 55%

yang lain pendatang Terutamanya dari China dan India
dan ade yg jadi Menteri lupa asal usul.
Quote Suchi 20-11-2025 08:37 PM
kemaruk replied at 19-11-2025 07:36 PM
Dah nak 35 juta dah

Bangkem masih ingat cikgu suruh hafal jumlah penduduk malaysia 30 juta orang un ...

Bbnu lagi ke bamkem?
2015 baru amik spm
Quote TOPwind 20-11-2025 08:37 PM
BUMIPUTRA 55%

yang lain pendatang Terutamanya dari China dan India
dan ade yg jadi Menteri lupa asal usul
Quote FOTHER-MUCKER 20-11-2025 11:22 PM

Betulah kedua ter

[fbp]https://www.facebook.com/reel/1355033319334901/?fs=e&fs=e[/fbp]

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.068682 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top