|
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, projek itu kini dalam fasa akhir ujian dan pentauliahan untuk menjamin keandalan dan keselamatan pengangkutan berkenaan. "Kementerian bersama Prasarana Malaysia Berhad dan pihak berkuasa berkaitan sedang memberikan keutamaan penuh kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan operasi dan pematuhan teknikal, sebelum tarikh pembukaan dapat disahkan secara muktamad. "Hal ini (tarikh pembukaan) sangat tertakluk kepada hasil ujian kita kerana dalam perkhidmatan rel, satu daripada perkara yang sangat penting adalah ujian terakhir yang dilaksanakan termasuk fault-free run (FFR) untuk memastikan apabila dibuka nanti, tidak berlaku apa-apa gangguan teknikal dan sebagainya," katanya.
Loke berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sebagai persediaan pengoperasian LRT3, Rapid Rail Sdn Bhd sehingga kini telah melantik 956 pekerja merangkumi pelbagai kategori petugas termasuk pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan dan sokongan. Sementara itu, mengenai kejadian kebocoran pada bumbung di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan hujan lebat pada Jumaat lepas, Loke berkata pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terlibat. "Kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja di kawasan bocor itu perlu dipertanggungjawabkan terutama sekiranya tidak mengikuti prosedur operasi standard. Ia sangat mendukacitakan, sangat memalukan, memberikan imej negatif kepada negara dan ia sangat sukar untuk dimaafkan," katanya. Loke pada masa sama turut mengulangi pendirian tegas beliau dan Kementerian Pengangkutan untuk tidak berkompromi dalam isu pematuhan undang-undang berkaitan kenderaan lebih muatan. "Hanya dengan ketegasan dan tekad politik yang kuat, baru kita boleh memerangi isu ini yang sudah diwarisi puluhan tahun," katanya. Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM 6,767,918,800 bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2026, dengan lebih suara bersetuju. Persidangan bersambung esok. Sumber: - -BERNAMA, BH |
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM 6,767,918,800 bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2026
kemaruk replied at 18-11-2025 06:53 PM
team baik

stingerkentot replied at 20-11-2025 02:02 AM
Bila nak tolong bayor cukai Jibun? Takkan sembang guna air liur basi je nyaaahhh?

smbl senyum2 kat kite...



Perawankota replied at 18-11-2025 03:04 AM
Mula2 Oktober, Pastu November, Pastu Disember.. Tak kisahlah, asalkan once dah beroperasi, tren tak ...
emera replied at 24-11-2025 07:46 AM
Mrt byk problem eh?
dagusengett replied at 18-11-2025 04:22 PM
Ni yg nak pindah balik ke klang
Duk cyber ni takut tgk mrt duk breakdown takleh nak sampai putra/cyb ...
kemaruk replied at 20-11-2025 02:18 PM
cover2 sikit kalau butthurt


namemysoul replied at 22-11-2025 06:01 PM
Untungnye org skrg nih...
Tingat dolu2 masa praktikal kat shah alam...
ADVERTISEMENT