|
KEMUNCULAN pelakon Que Haidar di konsert minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada malam Ahad menimbulkan pelbagai reaksi termasuk rasa kurang senang sesetengah pihak terhadap pemakaiannya yang mendedahkan bahagian dada. Kecoh menjadi bualan di media sosial, ada yang menganggap Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, tidak menghormati perjalanan acara berkenaan. Apatah lagi program GV12 merupakan tontonan umum yang disiarkan secara langsung di televisyen. "Que Haidar ni bengap ke bodoh? Gegar Vaganza ini rancangan keluarga tau tak. Kau memang tak reti pakai baju pasang butang sampai atas ke? Rancangan ni ada etika pemakaian brader.
"Menyampah tengok. Elok dah dia butang, pergi buka balik. Nak tunjuk apa pun tak tahu. Baik tak payah pakai baju. "Macamlah kita hamak sangat nak tengok dada dia. Geli... maaf cakap," komen beberapa netizen meluahkan kekecewaan. Rasa menyampah penonton turut diluahkan apabila wajahnya sering kali terpapar di skrin kerana duduk di bahagian belakang juri sepanjang program berlangsung. Que muncul pada acara tersebut sebagai kejutan ketika pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Sheryy Alhadad menyampaikan lagu pembukaan berjudul Jamilah yang dipopularkan oleh penyanyi Jamal Mirdad. Dia juga mendapat sorokan ramai penonton yang hadir di Auditorium Majlis Badaraya Shah Alam (MBSA) apabila setiap kali wajahnya terpampang di skrin. Ketika di pertengahan program, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS secara spontan menegur dan kemudian pelakon itu bertindak menutup kembali bahagian dada yang terdedah. Namun perbuatannya itu tidak bertahan lama dan Que sekali lagi dilihat sengaja membuka sebahagian butang bajunya. Nama Que juga sebelum ini menjadi bualan selepas dia membuat video parodi lagu Jamilah yang memperlihatkan dirinya terbaring di atas katil tanpa berbaju. Sumber: – mStar |
zeetot replied at 17-11-2025 05:27 PM
midlife crisis

Rogue98 replied at 17-11-2025 06:53 PM
Dulu elok jer dia buat live kat tiktok bantu org2 Palestine. Berjaya dia kumpul beberapa org kat Gaz ...
ADVERTISEMENT