CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditegur Menteri Agama, syarikat rakaman turunkan MV seksi Dolla

16-11-2025 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1396| Komen: 17

 


Video muzik (MV) terbaharu Dolla berjudul Question yang mencetuskan perdebatan ramai kerana dikatakan disifatkan terlalu mencolok mata diturunkan dari YouTube selepas mendapat teguran ramai pihak termasuk Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengambil maklum dan memahami sepenuhnya kebimbangan orang ramai berhubung penampilan ahli kumpulan Dolla dalam MV terbabit yang dianggap tidak sesuai serta menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, keputusan dibuat selepas melakukan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan produksi dan maklum balas masyarakat.

“Sebagai sebuah syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat. Kami mengambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kekhilafan yang berlaku.


“Kami percaya bahawa kreativiti dan ekspresi seni perlu seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat. Oleh itu, keputusan untuk menurunkan video muzik tersebut adalah langkah yang wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Universal Music Malaysia juga menegaskan bahawa pihaknya komited memastikan setiap perancangan kreatif selepas ini melalui proses semakan yang lebih ketat, melibatkan perbincangan dalaman serta konsultasi profesional bagi mengelakkan isu sebegini berulang.

Syarikat terbabit bagaimanapun berterima kasih kepada semua peminat dan masyarakat yang memberikan maklum balas secara terbuka dan membina, serta berharap perkara ini dapat ditangani dengan baik tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik Malaysia secara keseluruhan.

Terdahulu, Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang meneliti untuk mengenakan tindakan jenayah syariah kepada selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.

Katanya, beliau sedang dalam penelitian berhubung perkara itu termasuk mengarahkan semakan semula terhadap garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam.

“Dari sudut tindakan itu kita akan lihat (terlebih dulu) kalau ada pelanggaran kepada mana-mana peraturan, enakmen dan jenayah syariah…tindakan jenayah syariah dalam penelitian kita,” katanya.

MV terbaharu Dolla juga meraih kritikan daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang secara terbuka menegur penampilan seksi anggota kumpulan tersebut.

“Semakin lama semakin parah. Terlalu terbuka, terlalu ghairah, sangat memalukan,” katanya dalam Facebook. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-11-2025 03:02 PM
Anak azhar sulaiman dgn anju, adik nelopa tu juga seksi x ditegur juga ke
Quote prince_marhaen 17-11-2025 09:11 AM
Ohhhh baru tau ada menteri agama... huhuhu
Quote babelina 17-11-2025 09:18 AM
patut dari dulu ditegur..
Quote Sendawg 17-11-2025 09:30 AM
noor2 replied at 16-11-2025 03:02 PM
Anak azhar sulaiman dgn anju, adik nelopa tu juga seksi x ditegur juga ke

Leona tu tak lama lagi akan kena lah. Sbb dia sekarang tgh mabuk orang semua puji dia. Ingat dia habak kes Hausboom tu? Confirm dia akan menjadi2 lepas tu.
Quote L.U.S.M 17-11-2025 10:36 AM
Tegur je?xde denda...mmg xjln laaaa..artis dulu siap kne gam..hat yg ni turun MV je????
Quote hayrin86 17-11-2025 10:45 AM
Mujur taknah minat dgr lagu-lagu Dolla. Anisong lagi best daripada penyanyi tempatan zaman sekarang.
Quote hayrin86 17-11-2025 10:46 AM
Mujur taknah minat dgr lagu-lagu Dolla. Anisong lagi best daripada penyanyi tempatan zaman sekarang.
Quote kalchi 17-11-2025 10:47 AM
Dlu dlu takkan bole. Skrg je lepas. Artis luar nk perform kt sni pun bnyk restrictions, tiba time dolla mengalah seksi omfutey pulak. Bukan nk suh bekelubung pun dek.
Quote Prickford 17-11-2025 11:06 AM
Dolla tu mmg seksi tapi bila keluar MV macam ni, rasa mcm Dolla ni bodoh plak. Tak sedor kena exploit.
Quote dekmieDandy 18-11-2025 08:51 AM
hurmm, ada satu MV budak laki tu, elok je watak utama dia seksi gini

tak kena suruh turun pulak video nye

siap merokok lagi

[youtube]mdteDPKwcY0[/youtube]

Quote zeetot 18-11-2025 02:07 PM
menteri agama muncul masa benda2 camni je
Quote hyie 18-11-2025 02:27 PM
rasanya bukan isu seksi, tapi lebih kepada isu bdsm ke apa entah yang ditonjolkan..ada unsur2 explicit la orang kata..tang lelaki tu
Quote Reira77 18-11-2025 02:46 PM
dekmieDandy replied at 18-11-2025 08:51 AM
hurmm, ada satu MV budak laki tu, elok je watak utama dia seksi gini

tak kena suruh turun pulak vid ...

Dah mcm hooker dah pompuan tu. Embarassing
Quote cm_vungtau 18-11-2025 02:50 PM
Dulu jah pun seksi tapi maybe dia sskjp so dimaafkan
Quote gigahertz 18-11-2025 11:27 PM
Prickford: Dolla tu mmg seksi tapi bila keluar MV macam ni, rasa mcm Dolla ni bodoh plak. Tak sedor kena exploit.

tu pasal si sobronzo tu kahwin dengan mat salleh. kalau dia kahwin dengan melayu
mampus suami dia dah bising.
Quote hmmlantakko 18-11-2025 11:31 PM
bagus gak buat undg2 baru mcm tu tok naim.. biar  anak azhar teksarr tk hengat dunia bangga nk tunjuk2 kena report sekali.. pdn muka bg cth x baik kpd budak2 remaja ni. rasain lhoo
Quote hmmlantakko 18-11-2025 11:34 PM
sabronzo yg kengkonon ckp pelat kelantan buat2 pelat kelantan mcm bodoh tu biar kena juga. dsr bangang ko igt ko cntekk sgt, tgk muka pun mcm jowo totok dgn shading overnya dkt hidung

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048769 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top