CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Genting Highlands adalah tanah milik persendirian - Kementerian Kerja Raya (KKR)

14-11-2025 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1255| Komen: 22

 


Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya (KKR) menegaskan laluan memasuki Jalan Genting Highlands adalah bukan Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kementeriannya mengambil maklum mengenai isu yang sedang menjadi perhatian itu dan memahami kebimbangan orang ramai.

"Berdasarkan semakan awal KKR serta maklumat yang diterima, laluan yang dimaksudkan bukan Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

"Bagaimanapun, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi mana-mana laluan seperti ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong.

"Buat masa ini, KKR tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori ke atas laluan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.


Sebelum ini, BH melaporkan Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan sebaik sahaja butiran lanjut mengenai bayaran bagi jalan persendirian ini (Caj Jalan Persendirian) tersedia.

Genting Malaysia menegaskan bayaran bagi menggunakan jalan persendirian itu adalah perlu memandangkan kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer dan cerunnya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 14-11-2025 04:54 PM
What? Nak pi genting pun nak kena caj??? Tak serapkan kos dlm untung org jjcm ataih tu ka? Ka ramai turun naik hirup udara sejuk tapi tak banjer?
Quote Purplehaz 14-11-2025 05:09 PM
Berapa la agaknya caj nnti.  Ni Kalau caj pergi blk rm5 ok lah, buat la juga small r&r.  
Quote otai_g 14-11-2025 05:11 PM
So lps bayar boleh la race ye x? Jalan persendirian polis x bleh kaco
Quote lolipopmanish 14-11-2025 05:12 PM
Berapa weh rege naik genting tu nnt?
Quote PULANGKAN 15-11-2025 03:05 AM
bahaha, kawan iols pun bising pasal ni

sheols kata ada kasino, judi bagai atas tu. untung judi dah tak banyak ke sekarang?
iols pun sengih je la. tak tau nak jawab ape

tapi memang banyak tempat tinggi sekarang ni yang berisiko pun.
nak tak nak, kena selanggara, atau upgrade jalan, cerun.
kot la tanah runtuh, ada pergerakan bawah tanah ke, habis semua menggelongsor

harap2 duit tu guna untuk baik pulih/ upgrade jalan la supaya lebih selamat
Quote hart_attack 15-11-2025 03:14 PM
Fuyoo,tanah persendirian. Last iols pergi masa anak kcik 2 3 tahun rasanya. Lps tu x pergi² dah.
Lps kena cas nnti ni x tau la ramai org akan pergi ke x,kalau yg pergi pun pelancong luar negara je kot
Quote naina 15-11-2025 07:16 PM
otai_g: So lps bayar boleh la race ye  ...

Xkaco apanya tengah2 nak turun tu lah ada roadblock jam dekat 12 malam. Nak elak geng2 race tula..jem gila.
Quote naina 15-11-2025 07:20 PM
Tinot7 replied at 14-11-2025 04:54 PM
What? Nak pi genting pun nak kena caj??? Tak serapkan kos dlm untung org jjcm ataih tu ka? Ka ramai  ...

Ye..ramai naik tapi tak check in hotel, Skypark, restoran situ tak pergi pun. Ramai2 lepak tepi2 jalan lepastu tapak bas sekarang jadi tempat picnic healing2 bawak anak bini buka meja masak Maggi bagai. Termasuk lah aku hahaha.

Kitorang tak sangka la atas tu ada tempat lepak masa tu. Ramai gila..peronda polis pun tak tau nak halau CMNE..just pantau je..2x je iols lepak..dah kenyang turun la..tapi ada family sampai subuh katanya duk situ..
Quote naina 15-11-2025 07:22 PM
hart_attack replied at 15-11-2025 03:14 PM
Fuyoo,tanah persendirian. Last iols pergi masa anak kcik 2 3 tahun rasanya. Lps tu x pergi² dah.
L ...

Aku rasa ramai je..anak2 muda darah panas ni perlukan tempat sejuk utk stabilkan emosi kot. Ramai je race2 kereta pelbagai..adoiii nak test kuasa kuda kot masing2.
Quote Tinot7 15-11-2025 07:36 PM
naina replied at 15-11-2025 07:20 PM
Ye..ramai naik tapi tak check in hotel, Skypark, restoran situ tak pergi pun. Ramai2 lepak tepi2 j ...

Patut la
Nasib baik ada org habaq ada 2 tol.. setiap tol rm2.50
Ok la
Quote wikedsaikel 15-11-2025 07:45 PM
Aku suka nak naik genting tapi aku benci jalan turun bukit curam baik kat genting mahupon karak. Sakit telinga aku. Brek kereta kalau tak pandai main memang hangit. Tengok drebar jugak la. Drebar aku luncur laju je.
Quote Firenzza 15-11-2025 08:08 PM
wikedsaikel replied at 15-11-2025 07:45 PM
Aku suka nak naik genting tapi aku benci jalan turun bukit curam baik kat genting mahupon karak. Sak ...

Chuols naik kereta manual kah?
Quote noor2 15-11-2025 08:17 PM
Moga berlaku Gempa bumi...biar hancur kasino, pusat judi semua tu
Quote kechikchomel 15-11-2025 09:37 PM
Semua jenis kenderaan kena la eh?
Worker weolss ni suka nauuu pergi Genting. Pantang ada duit, lepas kerja terus pergi. Tak kira la weekends ke weekdays.
Quote kechikchomel 15-11-2025 09:39 PM
Tinot7 replied at 15-11-2025 07:36 PM
Patut la
Nasib baik ada org habaq ada 2 tol.. setiap tol rm2.50
Ok la

2 tol sehala la eh? So, pergi RM5, balik RM5?
TOTAL RM10 pergi balik?
Quote slyfynx 15-11-2025 09:50 PM
Pahang....
What do you expect
Quote batmana 16-11-2025 04:44 AM
Buat caz mahal sket..rm50 ke rm100 ke..biar ramai tk pi terus boikot jadi bandar hantu
Quote mehmet 16-11-2025 06:39 AM
Tak ada pula pacak meja jual nasi lemak.
Ini bila pacak mahu tol jadi RM50.
Quote mehmet 16-11-2025 06:41 AM
Naik sana pun pakat laju mcm lah tempat itu bergerak. Bagi ku jln bapa dia bayarlah kita.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051175 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top