|
Mahkamah Tinggi Petaling Jaya menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bagi menuntut RM1 juta yang difailkan syarikat pengeluar tudung, Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd iaitu syarikat berkaitan selebriti terkenal, Nur Fazura. Memetik Harian Metro, keputusan itu dibuat hakim DR Shoba Rajah selepas mendapati kes saman itu wajar untuk dibicarakan dan pihak defendan iaitu Pink Fate mempunyai pembelaan bermerit. Peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata pihaknya menyambut baik pendirian mahkamah yang melihat keperluan membawa kes tersebut ke perbicaraan penuh. “Mahkamah berpandangan bahawa kes ini bukan kes mudah (straightforward) yang jelas menunjukkan kewujudan hutang seperti didakwa plaintif. “Sebaliknya, terdapat isu-isu fakta dan undang-undang yang memerlukan perbicaraan penuh,” katanya.
Terdahulu, Obor Holding memfailkan saman bernilai RM4.65 juta terhadap syarikat Pink Fate, Fazfit Sdn. Bhd. kerana didakwa berhutang sebanyak RM4.65 juta. Sumber: Harian Metro, Rotikaya |
alesandra replied at 14-11-2025 04:51 PM
keladak kepam gundu mesti pikir yg fake tak bersalah dan tak berhutang .owh tidak ye.. hutang teta ...

sharlenetexas replied at 14-11-2025 05:51 PM
Tengok perkataan "ditolak" terus ladaks bersukaria. Baca sampai habis
smudger01 replied at 14-11-2025 06:05 PM
Sendiri yg buat assumption, lps tu tuduh org lain lak. Walafaz pon tau baca gak

sharlenetexas replied at 14-11-2025 05:51 PM
Tengok perkataan "ditolak" terus ladaks bersukaria. Baca sampai habis
Incanto replied at 14-11-2025 06:36 PM
semalam aku dah baca kat Threads
no biggie, tak perlu bersuka ria.....Obor nak cepat dapat keputu ...

kakasotong2 replied at 14-11-2025 06:02 PM
Salah ya headline berita ni. MAHKAMAH TOLAK permohonan PENGHAKIMAN TERUS dari Obor Holdings. Ertinya ...
Minami2013 replied at 14-11-2025 08:40 PM
Tajuk misleading.
RM1 juta ni berkaitan cek tendang tu ke?
SisLena replied at 14-11-2025 12:54 PM
BM is not your first language ke. Kenapa tak faham kan dah tepek article tu

ADVERTISEMENT