|
TINDAKAN pelancong Malaysia yang didakwa melakukan vandalisme ketika berkunjung ke Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto, Jepun, kecoh menjadi bualan warga maya. Menerusi video laporan berita berbahasa Jepun yang tular [Tonton Video], sekumpulan pelancong dilihat mengukir batang buluh menggunakan batu di lokasi percutian popular itu. "Wanita-wanita itu berkata mereka dari Malaysia. Mereka tidak menunjukkan tanda penyesalan. Huruf 'M' turut diukir pada batang buluh," menurut laporan berita itu yang disiarkan dalam slot NEWS23, stesen TBS. Menerusi video sama, seorang wartawan turut dilihat menegur perbuatan pelancong berkenaan. "Adakah anda tahu anda tak sepatutnya merosakkan buluh ini?" soal wartawan itu. Pelancong wanita itu kemudian dilihat agak terkejut sebelum mengakui mereka tidak tahu ia merupakan satu kesalahan. Kerosakan yang dilaporkan agak teruk, melibatkan lebih 350 batang buluh dikenal pasti mengalami kesan ukiran dan calar, menurut pemilik akaun Threads Charlotte_jpnews21. Video tular itu turut menerima pelbagai reaksi, termasuklah dalam kalangan netizen Malaysia. "Rakyat Malaysia yang pergi tarah buluh dekat Kyoto tu, kau duduk Malaysia je la. Tak payah travel. "Nak travel, otak bawa sekali. Kata tak tahu tak boleh ukir apa-apa dekat buluh tu, ada tempat lain boleh (ukir) ke?" tulis seorang netizen. Rata-rata netizen yang lain turut menyelar tindakan pelancong berkenaan yang boleh merosakkan nama Malaysia di mata dunia. "Sedih weh sampai masuk berita kat Jepun, siap mention rakyat Malaysia. "Baru tengok. Memalukan sungguh la. Bawa perangai rempit," tulis netizen lagi. Sumber – mstar |
"????-Mat Jepang

zuuu replied at 12-11-2025 04:27 AM
Adoi sampai 350 batang buluh ko toreh kak,kalo satu tu boleh la cakap x sengaja,suruh dia bayar gant ...



supernaturalee replied at 12-11-2025 01:07 PM
sape dah pernah pegi sini
berbaloi tak pegi tgk view dgn kawasan sekitarnya?
Sesuatu… replied at 12-11-2025 02:11 PM
Berbaloi kalu ko sejenis suka keindahan alam & kedamaian… x suka rushing.. xkisah kalu time flies ...

kelapaparut: Babila kan smpi 350 btg buluh ...
fattymah replied at 12-11-2025 04:10 PM
Nak kena potong mencemarkan pemandangan.. malu la wei
ADVERTISEMENT