CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bila shooting baru tahu ada babak panas, kontroversi’ - Elvina Mohamad

12-11-2025 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1554| Komen: 17

 


KALAU sebelum ini Datin Elvina Mohamad pernah tular dengan watak antagonis menerusi drama Ternyata Sebuah Bahagia, kini namanya kembali hangat diperkatakan.

Namun, kali ini bukan kerana lakonannya tetapi akibat salah faham yang berpunca daripada babak panas dalam drama Safira (Bukan Nama Sebenar).

Menerusi adegan tersebut, penonton dikejutkan dengan aksi mesra seorang wanita di atas katil bersama pelakon Hazeeq Deen hingga ada menyifatkan dirinya keterlaluan.

Bagaimanapun, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 30, menegaskan tidak melakonkan adegan ranjang sebaliknya menggunakan ‘stunt double’ bagi menggantikan dirinya.

Penjelasan tersebut ternyata tidak meredakan keadaan sebaliknya suaminya, Datuk Mohd. Haniff Borhan turut dikecam netizen.

“Ada yang komen macam ‘dulu berlakon pakai tudung baik saja, kenapa pakai seksi macam ini?’, ‘kenapa ambil tawaran kerja macam ini?’ dan ada yang kecam suami saya juga.


“Macam saya jelaskan sebelum ini, tak boleh buat apa. Saya elakkan baca semua komen. Susah untuk saya puaskan hati semua orang. Jadi, lebih baik untuk tidak melayan kata-kata negatif,” katanya kepada HibGlam.

Bagi wanita berusia 30 tahun itu, hidup sebagai selebriti tidak mungkin terlepas kritikan dan kecaman, justeru dia belajar berpegang dengan satu prinsip iaitu menjadi diri sendiri.

“Saya rasa semua selebriti hadap benda benda sama dan kita semua ada pendapat masing-masing. Sebenarnya saya tak nak komen lebih-lebih, dalam media sosial saya hanya kongsi apa yang rasa perlu kongsi.

“Bukan buat apa yang orang nak untuk puaskan hati mereka. Jadi, saya rasa kalau kita hidup untuk please people, susah juga kan?,” ujarnya lagi.

Emosi terkesan

Mengulas lanjut tentang drama Safira (Bukan Nama Sebenar), Elvina melakonkan watak Nilam, gadis yang ingin mengubah nasib daripada hidup sebagai golongan B40 dengan memasuki dunia T20.

Dengan menukar nama kepada Safira banyak perubahan perlu dilakukan termasuk penampilan.

“Cabaran terbesar adalaha apabila melakonkan karakter berbeza iaitu Safira dan Nilam. Boleh dikatakan semua babak mencabar.

“Kita pula tak dapat semua skrip, hanya sebahagian sebelum penggambaran bermula. Bila dah ‘shooting’ baru tahu ada babak panas dan mengundang kontroversi.

“Disebabkan sudah terima tawaran kerja ini dan penggambaran pun dah bermula, kita kena teruskanlah,” kongsinya.

Namun, di sebalik lakonan penuh jiwa itu, mental dan emosinya turut diuji.

“Susah sebenarnya dan saya perlukan banyak tunjuk ajar daripada pengarah sebab penggambaran ini bagi kesan terhadap mental saya.Ada komedi, ada babak yang sangat sedih. Banyak bermain dengan turun naik emosi, jadi sangat mencabar.

“Sepanjang menjalani penggambaran boleh dikatakan saya melalui detik emosi yang tak stabil. Sangat berat,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 12-11-2025 12:42 PM
Alasannnnn...pdhl ko yang xkisah

Mmg ko lawa tp sexy ni xke mana..klu Allah tarik tiba2 baru tahu langit tinggi rendah..hmm
Quote babelina 12-11-2025 03:47 PM
bkn ke masa dpt skrip tu dh taw ada babak atas katil ker x.. apooooooooooo
Quote sharlenetexas 12-11-2025 05:27 PM
HD tu pun muka x memorable. Who ayusss sangat. Tau pun pasal pasal photobooth tu.


Quote binisupir 12-11-2025 07:19 PM
babelina replied at 12-11-2025 03:47 PM
bkn ke masa dpt skrip tu dh taw ada babak atas katil ker x.. apooooooooooo

kannn.. melainkan jenis terima je tak baca skrip masa memula dapat.
Quote mawarberbisa 12-11-2025 11:55 PM
ada bau-bau dah nak menjanda

laki nya dulu pernah kantoi jugak kan
Quote TeropongThaico 13-11-2025 12:08 AM
Ikut suka la... Dia artis ada tiket special utk buat mcm ni demi menjayakan watak.... Kang kot tak buat kang apa yg nak disampaikan tu tak sampai tak realistic lak kata peminat...- Kata set2 diarg la
Quote goldden 13-11-2025 08:58 AM
dia nim  lawa. den suka tgk dia berlakon dgn gambit drama tajuk apa ntah den lupa. dia sakit jantung then jantung gf gambit yg dia dpt.
Quote babelina 13-11-2025 09:05 AM
binisupir replied at 12-11-2025 07:19 PM
kannn.. melainkan jenis terima je tak baca skrip masa memula dapat.

atawpn jenis.. kisah ke.. aku buat je la.. knnn..
pernah la dgr interview retis2.. dorg mcm x ok babak nie.. dorg discuss bole x buat cara lain camtu.. yg dia nie.. manjang la xtaw.. ayt selamat..heheh
Quote rosewhite 13-11-2025 12:00 PM
goldden replied at 13-11-2025 08:58 AM
dia nim  lawa. den suka tgk dia berlakon dgn gambit drama tajuk apa ntah den lupa. dia sakit jantung ...

kita pulak suka tengok imej ben amir masa berlakon dgn dia ni dlm mariam alisa
Quote Zezo 13-11-2025 12:11 PM
Aku dgr je nama dia kt forum. Cantik juga yer dia. Kenapa aku tak pernah perasan dia berlakon pun selama ni.
Quote annehuda 13-11-2025 12:29 PM
meh la aku nak explain kat sini skit pasal benda ni sbb benda ni mmg dah lama menular kat dunia seni tak kiralah Hollywood ke, Bollywood ke Koreawood ke

1.  ye mmg biasa je artis dapat job offer tanpa skrip penuh.  selalunye diorang ni akan diberikan gambaran awal je, contoh watak kau macam ni macam ni.  Ada pengarah on the spot baru nak taip skrip, ada pengarah yang bagi jalan cerita je pastu pelakon pandai2 la berlakon pakai skrip sendiri.  yang dapat skrip tak semestinye masa penggambaran takde perubahan
2.  pelakon Malaysia ni, kalau stakat pelakon tambahan bukan pelakon utama, diorang ni mana mampu nak hire peguam nak go through kontrak berlakon tu.  kalau ada request nak tukar klause dalam kontrak tu pun satgi produksi gi tarikbalik offer tu kasi kat pelakon lain yang tak cerewet mcm diorang
3.  Bila dah tersign kontrak, tetiba ada dalam klause tu yang diorang ni kena ikut cakap pengarah, so ko nak taknak mmg kena ikutlah apa yang pengarah tu mintak.  tak buat nnt ko dikira langgar kontrak, kena bayar ganti rugi. so how?  lagi-lagi kat Malaysia ni ha, sbb kite takde adegan bugil-bugil setakat adegan panas je.  ko nak counter saman produksi pun atas alasan ape kan?  ko dah sign kontrak kot


kalau korang ingat masa kes pelakon korea mendiang Sulli mati bunuh diri tu, dia pernah berlakon dengan Kim Soo-Hyun dan dia diperangkap dengan kontrak macam ni la. mula-mula offer katanya filem gangster je sekali tu naaahh kena buat adegan seks dan bogel sampai menjatuhkan kredibiliti dia. kena kutuk dengan peminat lagi, padahal dia diperdaya oleh produksi tu.  

Samelah mcm artis wanita Hollywood tu boleh dikatakan diorang semua ada adegan tunjuk breast at least sekali dalam karier diorang sebab kontrak macam ni.  jadi korang as peminat bukak mata skit, dunia seni ni banyak tipu daya. Aaron Aziz pun penah kena scam ni kan pulak pelakon yang tak sepopular dia
Quote JahLupa 15-11-2025 10:21 AM
Ikut mu lah.. tp she lawa eh
Quote chinchan78 15-11-2025 11:52 AM
Mcm kes Emma lh ni dlm cite kimchi utk awk.. yg scene piggyback dgn aiman .. Emma x Tau ada scene tu.. sampai kat tmpt shooting baru dibgtau.. Emma x nk buat kn sheols berhijab tp oleh krn kna pujuk n kesian dgn crew trpksa juga sheols buat
Quote Prickford 15-11-2025 12:33 PM
annehuda replied at 13-11-2025 04:29 AM
meh la aku nak explain kat sini skit pasal benda ni sbb benda ni mmg dah lama menular kat dunia seni ...

Penah baca masa dapat offer, tau jalan cerita secara kasar je. Dah terima, baru terima utk masuk meeting for script reading. Masa tu lah baru tau. Kadang2 dah terima job, kontrak pon dah sign.
Quote lasagna 17-11-2025 09:38 AM
money can't buy class lah datin..
Quote lasagna 17-11-2025 09:40 AM
chinchan78 replied at 15-11-2025 11:52 AM
Mcm kes Emma lh ni dlm cite kimchi utk awk.. yg scene piggyback dgn aiman .. Emma x Tau ada scene tu ...

ohh ye ke? camne uols tau part ni?
emma ado cite ke?
Quote chinchan78 19-11-2025 05:42 PM
lasagna replied at 17-11-2025 09:40 AM
ohh ye ke? camne uols tau part ni?
emma ado cite ke?

Ada baca di artikel.. mike pun prnh bgtau Hal yg sama..sbnrnya Emma dh reject utk project ni tp mike nk juga Emma.. sbb byk scene x sesuai utk sheols yg berhijab

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top