CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jadi pengacara tak perlu berlakon atas pentas, jadi diri sendiri’ - Raja Azura

12-11-2025 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 592| Komen: 5

 


Selebriti versatil Raja Azura menasihatkan pengacara zaman sekarang agar sentiasa menjadi diri sendiri tanpa perlu mencipta mana-mana karakter ketika mengendalikan mana-mana program atau acara.

Raja Azura, 53, bagaimanapun tidak menyatakan mana-mana nama sebaliknya sekadar menitipkan tip kepada individu yang memasang impian untuk menjadi seorang pengacara disegani ramai.

“Saya ingatkan kepada pengacara hari ini, jangan jadi orang lain, jadilah diri sendiri di atas pentas.

“Selesakan diri dalam setiap ruang di atas pentas. Jangan jadi orang lain.

“Jangan sesekali cakap macam ‘oh! saya terpaksa melakonkan watak ini bila saya berada di atas pentas’, tak perlu jadi orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya yang juga bekas hos program Melodi, tugas seorang pengacara adalah untuk mengendalikan sesebuah program dan tidak perlu menghadirkan watak berbeza untuk menjadikan acara tersebut sebagai miliknya.


“Jangan, sebab pengacara bukan pelakon.

“Awak adalah ‘master’ untuk majlis tersebut. Pentas itu awak punya” jelasnya.

Ujarnya, perkara tersebut ada dilakukan oleh pengacara zaman sekarang yang berusaha mencipta karakter berbeza berbanding menonjolkan identiti sendiri.

“Ada yang tak jadi diri sendiri. Bukanlah macam nak jadi orang lain, cuba nak jadi macam orang lain.

“Jadi pengacara, tak perlu nak berlakon di situ,” katanya lagi.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-11-2025 09:31 AM
Betul cakap sheolls, moga menang ABPbH tahun ini yaach
Quote rain2169 13-11-2025 02:05 PM
Cantiknya dia bila bertudung….
Quote BoongaKertas 13-11-2025 03:31 PM
tp kan kak engku, si nabil bila jd diri sendiri, terus rasa biadap giler. selesa sgt membahan org. sakit hati iols tgk dia dgn mark adam haritu. hati2 lah bil, kita diuji dgn perkataan sendiri kdg2.
Quote putericahaya999 13-11-2025 08:34 PM
Sy minar awak
Quote Hoola 13-11-2025 09:18 PM
nmpk mkin muda in tudung kunin

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.119243 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top