|
Perkongsian pelawak Shuib Sepahtu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar memaparkan isterinya, Watie Hanifiah serta netizen mendakwa kelihatan ‘baby bump’ di bahagian perutnya. Memetik mStar Online, Watie bagaimanapun memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan dia kini sedang berbadan dua. Menurut Watie, selepas mengalami keguguran sebelum ini dia masih trauma serta belum bersedia untuk berkongsikan berita tersebut kepada umum sebaliknya hanya meminta mendoakan yang baik-baik. “Selepas lalui fasa sebelum ini, saya memilih untuk minta doa yang baik-baik sahaja. Apa yang semua nampak itu, doakan sahaja. Waktu sekarang ini, belum sedia untuk kongsi. “Saya tidak mahu menidakkan dan mengiyakan itu sebab masih trauma (dengan sebelum ini). Perkara lepas sangat beri kesan kepada saya. Saya selalu teringat benda itu,” katanya.
Pada Mei lalu, Watie mengesahkan dia mengalami keguguran pada 11 Mei. Berita duka itu dikongsikan oleh Watie di Instagram menerusi satu coretan buat anak syurganya yang diberi nama ‘Bintang’. Sumber: mStar Online, Rotikaya |

pocongkiutss replied at 12-11-2025 08:05 AM
Attention seeker jah..if org yg nk diam2..idokle menayang gitu
prince_marhaen replied at 12-11-2025 08:40 AM
gelinya soeb ni... berkerak kepam bau rokok kretek Surya Gudang Garam!
cattiecute replied at 12-11-2025 03:56 AM
masalahnya orang lain tak ambik port pun
laki ko yang snap gambar up bagi orang tengok
bila orang ...
Prickford replied at 12-11-2025 12:37 PM
Itulah nya. Rasanya laki iolls pon tak hadap nak upload gambar bini tido sambil nampak perut pekne ...
cattiecute replied at 12-11-2025 05:49 AM
yela tu
orang kalau ada otak , dia tahu wife dia nak rahsiakan
jangan la up gambar gitu
Prickford replied at 12-11-2025 02:39 PM
Boleh je kan cakap doakan yang terbaik utk saya. Suami saya terlampau exciteddddd nauuuu.

cattiecute replied at 12-11-2025 07:00 AM
betul,
jenis2 gini la kalau apa jadi tiber je suruh netizen doakan bla bla bla
tak kuasa aku nak d ...
ADVERTISEMENT