CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya faham itu aurat. Kadang-kadang kita buat silap" - Lakon Babak Sentuh Wanita, Yusuf Bahrin Buat Atas Dasar Kerja

11-11-2025 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 295| Komen: 2

 

Pelakon Yusuf Bahrin mengakui kesilapannya selepas dikecam memuat naik gambar tidak menutup aurat ketika menyertai satu pertandingan bola sepak.

Memetik mStar Online, Yusuf berkata dia memahami ianya aurat namun menjelaskan keadaan ketika itu sehingga dia terpaksa membuka legging.

“Saya faham itu aurat. Kadang-kadang kita buat silap, manusia biasalah. Kadang ada benda yang terlepas pandang.

“Ada keadaan yang memaksa saya untuk tidak memakai legging. Masa tu saya ada pertandingan dekat Johor. Saya sahaja tahu keadaan diri saya, sama ada selesa atau tidak. Waktu itu, saya terpaksa buka legging,” katanya.

Sementara itu, Yusuf yang turut menerima kecaman serta teguran kerana melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita berkata dia melakukan atas atas niat mencari rezeki.

“Saya fikir balik… lantaklah! Bukan mereka bayar duit rumah saya, saya yang kena sediakan makan minum atas meja. Takkan saya nak ikut cakap orang je!


“Kita buat atas dasar kerja, amanah untuk lakonkan watak itu. Biasalah orang akan terus bercakap,” katanya.

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 12-11-2025 03:04 AM
Biasalah dek Tanah Jawi...ramai rindu zaman kanak2 main police entry kut.

Ramai nak jadi polis.. polis tudung, polis berat badan, polis moral,... padahal semua sama je. Sebenarnya tak sewarak mana pun..tak secantek mana pun...suka jadi pengkaji manusia. Acah2 penjaga pintu syurgaaaa..tpi tetap melangut depan tv tuuu.
Quote KamikuP 12-11-2025 11:00 AM
Yg acah2 bagi komen tak tutup aurat tu mesti acik porem yg free hair, kepam lagi gundu bak Siti Kassim

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.154228 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top