|
Pelakon, Yusuf Bahrin mengakui kesilapannya memuat naik gambar tidak menutup aurat yang mendedahkan bahagian paha dan lututnya ketika bermain bola sepak dalam satu kejohanan di Johor, baru-baru ini. Yusuf atau nama lengkap Muhammad Yusuf Bahrin, 33, berkata, dia tidak menyarung ‘legging’ ketika itu atas beberapa faktor termasuk cuaca dan keadaan padang yang kurang selesa. Saya faham tentang aurat, kan? Kadang-kadang kita buat silap, manusia biasalah. Kadang ada benda yang terlepas pandang. Ada juga keadaan yang memaksa saya untuk tidak memakai legging. Masa tu saya ada big tournament dekat Johor. Saya je tahu keadaan diri saya, sama ada selesa atau tidak. Waktu itu, saya terpaksa buka legging. Tambah Yusuf, dia biasanya menjaga auratnya ketika bermain bola, namun kejohanan tersebut mempunyai syarat agar semua pemain perlu memuat naik gambar sebagai sebahagian daripada keperluan acara.
Saya post gambar itu sebab masa itu event besar. Requirement event itu memang semua pemain kena post. Jadual game masa padat, setiap hari ada dua perlawanan, jadi memang tak sempat nak beli legging baharu. Dalam masa sama, Yusuf turut memaklumkan dia kini semakin aktif bermain bola sepak kerana menerima banyak jemputan termasuk menyertai kejohanan Influencer World Cup (IWC). Dalam pertandingan itu saya terlibat sebagai peserta Team Malaysia. Tapi untuk tahun depan, saya tak akan main lagi sebab pemain semua power. Biar yang betul-betul main bola ambil tempat. Dalam perkembangan lain, Yusuf bakal muncul dengan drama terbaharu terbitan TV3 berjudul Perempuan Tidak Ternikah. Selain Yusuf, naskhah tersebut turut dibintangi Siti Elizad, Ali Rezark, Shah Jazle dan ramai lagi. Sumber : Oh Bulan |


ADVERTISEMENT