|
Respon seorang pekerja sebuah restoran yang teruja ketika dia didatangi oleh pelakon dan usahawan jelita, Fazura telah menyorot perhatian ramai. Menerusi potongan klip sebuah video di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dilihat menyapa pekerja itu di kaunter pandu lalu sebuah restoran dengan penuh mesra. Hai… MasyaAllah. Hello! Paling menjadi tumpuan adalah reaksi pekerja restoran tersebut yang dilihat sangat terkejut kerana tidak menyangka akan kehadiran selebriti popular itu. Dalam masa yang sama, Fazura sempat membuat pesanan makanan sambil berseloroh dengan pekerja restoran berkenaan.
Sayang, sayang, nak tambah satu parmesan cheese sticks tu. Boleh fokus tak tu? Ya Allah sayang. Momen itu bertambah manis apabila Fazura secara spontan menawarkan dirinya untuk bergambar dengan pekerja restoran tersebut. Nak bergambar ke? Meh, selfie je. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon drama Lelaki Itu yang disifatkan lemah lembut dan mesra ketika melayan pekerja berkenaan. Sementara itu, mereka juga mengakui bahawa Fazura merupakan antara selebriti yang ramah dan tidak kekok untuk menyantuni peminatnya. Sumber: TikTok, Oh Bulan |
Orix replied at 11-11-2025 11:24 AM
Fazura jah pun

Fazura je pun kui kui kui 
tapi over nau budak tu sampai cangkun 3 kali, muka kakafaz pon macam berubah sikit like ko bebiasa je sudahlah sis aku nak cepat ni
tapi bebudak kan so gitulahL.U.S.M replied at 11-11-2025 08:00 AM
Laaa ingat budak tu yang viralkan..rupanya team mak janda yang buat content..haha.sedehhh

Minami2013 replied at 12-11-2025 11:39 AM
Dah level macam influencer buat content

Perawankota replied at 11-11-2025 09:00 PM
Aku selamani mcm2 artis aku jumpa. Penat klu semua artis aku nk teruja

ADVERTISEMENT