CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Mahu Terus Berkarya Hingga Usia Senja – ‘Saya Berdoa Kerjaya Ini Masih Panjang Tempohnya’

11-11-2025 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 505| Komen: 9

 


Terlalu cinta dengan kerjaya sebagai penyanyi dan komposer, Aina Abdul berharap karier seninya akan terus kekal lama.

Menganggap bidang muzik sebahagian daripada dirinya, Aina, 32, mengakui minat dan cintanya terhadap seni tidak pernah pudar selain mendambakan ketenangan dalam kerjayanya.

Sebenarnya apa yang saya mahukan adalah ingin merasai kebahagiaan dalam pekerjaan saya. Saya mahu terus melakukan perkara ini (berkarya) selama yang saya mampu. Sampai sudah tua pun, saya masih ingin melakukannya.

Saya mahu melakukannya sehingga tua tanpa ada paksaan. Saya inginkan kebahagiaan itu, saya dambakan ketenangan dalam bekerja.

Itulah yang paling saya mahukan. Saya berharap dan berdoa agar kerjaya ini masih panjang tempohnya. Sebab semua orang ada tarikh luput masing-masing.

Aina berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast Confession Bilik Gelap yang dihoskan oleh Sudirman Mohd Tahir.


Bercerita lanjut, pemenang Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke -24 (AIM24) berpendapat, walaupun banyak pencapaian dan kejayaan telah digenggam, namun masih ada ruang kosong dalam dirinya yang belum terisi.

 

Dulu kalau orang tanya apa yang saya mahukan, saya akan jawab, ‘Saya nak menang ini, nak capai itu.’ Tetapi selepas beberapa tahun, bila kejayaan itu sudah ada, masih rasa sedih, masih rasa tidak cukup dan tidak puas.

Jadi, jawapan utama yang saya boleh katakan ialah saya hanya mahu bahagia dalam kerjaya ini dan bagaimana saya hendak mencari kebahagiaan itu, hanya Allah yang boleh memberikan saya perkara itu.

Sekarang ini, saya masih belum dapat, belum menemui lagi dan belum berdamai dengan perkara itu.

Jelas pelantun lagu Sesaat itu lagi, selama kerjayanya sebagai pemuzik mendapat restu daripada ibunya dan memberi manfaat kepada pasukannya, itu sudah cukup membuatkan dirinya merasa bahagia.

Apa yang terbaik adalah, selagi pekerjaan ini mendapat restu daripada ibu saya, saya gembira dan pekerja-pekerja saya terbela, saya rasa cukuplah.

Dalam perkembangan lain, Aina tercalon dalam OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral iaitu Ainations.

Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freyayong 11-11-2025 11:10 AM
mungkin Aina maksudkan supaya lagu dia didengari ramai... sbb baru2 ni beliau tidak termasuk lansung dlm top 10 Spotify mahupun Youtube. dan beliau sendiri terkejut 70% yg mendengar karyanya adalah dari Indonesia...
Quote lasagna 11-11-2025 11:11 AM
dah bleh laa mengidolatkan kakak zoners..
moga trus berkarya aina.
Quote prince_marhaen 12-11-2025 09:35 AM
tak sabar nak tunggu sampai hujung2 nanti mesti ada baju konsep keranda, liang lahat, ular Syuja'ul Aqra' dalam kubur, konsep Mungkar Nangkir.... mungkin masa tu designer sheols si Abu ngan Melindoi Loloi masih gigihhhh??
Quote sleepandream 12-11-2025 05:58 PM
lasagna replied at 11-11-2025 11:11 AM
dah bleh laa mengidolatkan kakak zoners..
moga trus berkarya aina.

sheols mmg zoners pun khen... katanya lagu paling fav ctdk is pejam matamu... which only zoners sejati jah yg boleh sing along lagu tu
Quote lasagna 13-11-2025 08:19 AM
sleepandream replied at 12-11-2025 05:58 PM
sheols mmg zoners pun khen... katanya lagu paling fav ctdk is pejam matamu... which only zoners se ...

lorrr ye ke? idok ler tahu dia zoners..
iols main petik jerr..
Quote KamikuP 13-11-2025 01:44 PM
Sapae je nak dengao ko nyanyi eh menjerit melalak mcm hantu polong .. ekekeek
Quote fadz84 13-11-2025 05:19 PM
Acik porem xmau beri sepatah dua kata ke dlm memeriahkan benang Bintang Paling Popular ABP.. sendu bebenor benang ni..
Quote apedehal 13-11-2025 05:23 PM
Bercita cita nk jadi biduaniter ke tu
Quote siasia 13-11-2025 09:05 PM
Try dgr lagu dia tp x bole la nak jatuh minat kenapa tah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052506 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top