|
Penyanyi Ariff Bahran meluahkan rasa kesal apabila mendakwa ada individu yang menawarkan bayaran terlalu rendah untuk khidmat nyanyiannya. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ariff atau nama lengkap Muhammad Ariff Bahran Ahmad Zahari, 27, berkongsi kisah berurusan dengan individu yang tidak didedahkan identitinya. Ujarnya, individu terbabit membuat permintaan untuk pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ menyanyikan dua buah lagu dengan bayaran serendah RM1,400. "Dua lagu untuk RM1,400. Aku nak makan apa? Ini yang membuatkan aku tak mahu menyanyi." Raih untung lebih banyak dengan kerjaya kini Dalam pada itu, Ariff akui meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya yang hanya duduk di pejabat. Sementara itu, Ariff sempat menitipkan pesanan agar lebih ramai anak muda bergiat aktif dalam dunia perniagaan berbanding mengejar populariti. Duduk dalam pejabat untuk satu hari akan membuat aku raih lebih banyak keuntungan daripada menyanyi. "Aku pernah dapat Alhamdulillah dalam RM25,000, masa tengah meletup dalam 8 ke 9 tahun lalu." Untuk penyanyi-penyanyi baru yang nak menyanyi di luar sana, adakah anda pasti? Habiskan masa muda anda dengan berniaga daripada kejar glamour. Sumber : TikTok @ariffbahran, Oh Bulan |
naina replied at 11-11-2025 02:59 AM
Betol tu..nyanyi ni sekadar hobi part-time hujung minggu sudahlah..tengah minggu KO keje tetap gomen ...
CurangLagi replied at 11-11-2025 11:02 AM
Setujuhhh sis. Iols teringat siapa artis suam2 kuku tu yang stop jd cikgu kalau x silap. Apa kbr d ...
telracs replied at 11-11-2025 11:02 AM
RM 1400 untuk dua lagu.
Satu lagu RM 700.
naina replied at 11-11-2025 11:09 AM
Aku rasa retis yg benti keje gomen semata nak jadi retis is bodo..huhu..belom tentu KO retis letop ...
naina replied at 11-11-2025 02:59 AM
Betol tu..nyanyi ni sekadar hobi part-time hujung minggu sudahlah..tengah minggu KO keje tetap gomen ...
Perils replied at 11-11-2025 06:11 AM
Semenjak buat forex kemain demanding...rasa x brbaloi?teruskn je la forexing.
Nape x masuk GV je?,k ...
prince_marhaen replied at 11-11-2025 02:25 PM
kepam berkerak betul ye dia ni....banyak duit main forex pun tetap nampak kepam bacin ek... tak jadi ...

ADVERTISEMENT