|
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah enggan mengiyakan mahupun menidakkan berhubung dakwaan dirinya sedang berbadan dua pada ketika ini. Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, itu meminta orang ramai supaya menunggu pengumuman yang akan dibuatnya nanti. Bagaimanapun, Watie memohon agar orang ramai menitipkan doa yang terbaik buat dirinya. Saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik. Selepas melalui fasa yang menyayat hati sebelum ini, saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat saya. Apa sahaja yang anda nampak pada tubuh saya ini, doakanlah saya sihat. Saya tidak menidakkan apa-apa dan jika mengiyakan pun, doakanlah yang baik-baik. Kita tunggu sahaja jika ada sebarang pengumuman pada masa akan datang.
Watie berkata demikian ketika pelancaran koleksi terbaharu She Dazzle di butik berkenaan di Ampang pada Sabtu lalu. Mengenang kembali, Watie tidak menafikan insiden keguguran yang dialaminya pada Mei lalu meninngalkan kesan yang mendalam pada dirinya, Katanya, sehingga kini dia masih trauma dan ia juga menjadi salah satu sebab untuk takut berkongsi berita gembira pada ketika ini. Ia sentiasa membuatkan saya teringat dan trauma setiap hari. Ada kalanya saya tertanya-tanya, ada ke rezeki saya lagi selepas ini? Sebab itu saya berasa takut untuk berkongsi ketika ini. Saya juga tidak mahu menidakkan kerana kata-kata itu juga satu doa. Kalau kita cakap tiada, takut Allah betul-betul ambil nanti. Tapi, jika kandungan ini menjadi, saya harap dapat menjadi ibu yang lebih baik sama ada untuk anak kandung mahupun anak-anak tiri. Sebelum ini, nama Watie menjadi perhatian apabila timbul dakwaan bahawa dirinya sedang berbadan dua. Spekulasi menjadi lebih kuat apabila Shuib memuat naik gambar Watie sedang lena tidur di sebelahnya dan menampakkan ‘baby bump’ hingga menjadi bualan ramai. Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Watie pada Jun 2023 selepas dua tahun bergelar duda apabila isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 2021. Sumber : Oh Bulan |
KamikuP replied at 13-11-2025 05:59 AM
Ko suruh laki gusi hitam ko doakan le .. kami acik2 porem koser nak mendoakan
kimbora replied at 14-11-2025 12:21 AM
Rasa macam hitam pulak hati kalau nak komen gini tapi nak komen jugak.
Kau kalau rasa tak nak shar ...
merasaah kejap sheols dgn kekayaan soeb ,, dah arwah , wati and mokder yg mendoniaaa yachh
ADVERTISEMENT