|
Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Dr. Zailah Zainudin, memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah serta menjatuhkan maruah keluarganya. Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Instagram, ibu kepada Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek itu meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas yang tular sejak beberapa hari lalu. Menurutnya, keluarga mereka berdepan tekanan akibat penyebaran cerita yang tidak benar di media sosial. Beberapa hari ini, saya dan keluarga telah melalui ujian yang amat berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka di media sosial. Sebagai seorang ibu, saya amat sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke tengah-tengah perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar. Apa yang saya harapkan hanyalah ketenangan buat anak-anak dan cucu-cucu saya yang kini turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Lantik peguam Zailah turut memaklumkan bahawa dia telah melantik peguam untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran yang berunsur fitnah. Saya telah melantik peguam. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga. Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Dalam masa sama, Zailah menyeru agar semua pihak yang terlibat supaya menghentikan penyebaran cerita yang tidak benar melibatkan keluarganya. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan. Saya yakin dan percaya, Insya-Allah kebenaran akhirnya akan diketahui juga… Sokongan semua amat kami hargai dan diucapkan terima kasih. Terdahulu, rumah tangga Nubhan menjadi perhatian selepas penyanyi itu menceraikan isterinya selepas 10 tahun berkahwin. Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes berhubung pengesahan lafaz cerai yang difailkan Nubhan terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie. Namun, sementara proses mahkamah masih berjalan, muncul pula dakwaan baharu kononnya ibu kepada Dr. Fie menuntut sejumlah RM5 juta sekiranya berlaku perceraian, sekali gus menambah spekulasi terhadap kemelut rumah tangga pasangan berkenaan. Sumber : Instagram Dr Zailah, Oh Bulan |
LembingDayanti replied at 11-11-2025 11:01 AM
orang mengata keluarga dia apa lah yg dia nak saman tu???
MatDeghem replied at 11-11-2025 08:10 PM
ini sapa pulak.... juru cakap Nubhan?
MatDeghem replied at 11-11-2025 11:55 AM
ini sapa ? jadi tukang cakap Nubhan....
LembingDayanti replied at 11-11-2025 03:01 AM
orang mengata keluarga dia apa lah yg dia nak saman tu???
Chah21 replied at 11-11-2025 12:23 PM
Smlm ada org komen yg bgtahu aib2 mcm ni kt Facebook pakat ngaku satu kg ngan nubhan.. cuba siasat ...
ADVERTISEMENT