CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Perlu Berebut Anak Saya, Kalau Kahwin Orang Muda Boleh Buat Anak Baru” - Dr Afifah

10-11-2025 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4479| Komen: 77

 


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah menegur tindakan pihak luar yang didakwa cuba merebut anak-anaknya.

Menerusi hantaran di Threads, Dr Afifah turut mendakwa pihak luar terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya serta seolah mengambil tempatnya sebagai ibu.

 

“Bolehkan masing-masin sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri. Tak perlu berebut sangat anak Fie. 

“Tapi kalau kahwin orang muda bolehlah buat anak baru. Kita ni bukan ibu tumpang tau.. tu anak-anak Fie tau. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang-orang luar,” tulisnya.


Sementara itu, dalam satu hantaran lain Dr Fie menegur tindakan seorang individu yang didakwa memuat naik wajah anak-anaknya di media sosial tanpa kebenaran.

 

“Siapa benarkan pin muka anak-anak Fie ni? Ni anak dia ke anak Fie ni? Terima kasih org screenshot kan. Kita ni dah block dia. Penat dengan anak org ketiga ni. Happy di atas penderitaan org lain,” tulisnya

Sumber : – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 10-11-2025 03:37 PM
Oo so ni la alleged org ketiganya? Ayat sheols ni baru paham—hal bibik tu lain, org ketiga tu lain. Ayat abg dia yg mengelirukan ritu
Quote doubleA 10-11-2025 03:57 PM
sukanyanyi replied at 10-11-2025 03:37 PM
Oo so ni la alleged org ketiganya? Ayat sheols ni baru paham—hal bibik tu lain, org ketiga tu lain. ...

Org ketiga tu mak sisyamimwhoareyus ni. Tu fie ni cakap kawen org muda org tua bagai. Obviously so-called org ketiga ni dah tua level mak2 yihhhhh

Dasyat gak bahasa duktur ni, lembut sopan la sgt. Bila marah bergaduh gak kt media sosial
Quote sukanyanyi 10-11-2025 04:06 PM
Edited by sukanyanyi at 10-11-2025 04:07 PM

Deleted
Quote sukanyanyi 10-11-2025 04:07 PM
Edited by sukanyanyi at 10-11-2025 04:08 PM
doubleA replied at 10-11-2025 03:57 PM
Org ketiga tu mak sisyamimwhoareyus ni. Tu fie ni cakap kawen org muda org tua bagai. Obviously so ...


Laa sungguh ke mak kpd org ni? Baik nubs dgn ctnana je alang2 nk org yg lebih tua..ehh..

Aah meols prasan jugep makin lama makin nampak taring sheols ni.. nanti ade yg jwb sbb dh petik hal anak sape je tak marah. Ermm ok, cuma yg meols npk, dah agak dh sumerang yg gado ngn sheben tu konpom ade side yg reowrrrr (singa). Kita2 pon mungkin gitu gak.. nauzubillah smoga tak sampai buat sheben ilang sabar lah masing2
Quote PULANGKAN 10-11-2025 05:28 PM
kesian la kat anak2 diorang, bergaduh nak berserai sampai satu Malaysia tengok
Quote lightheaded67 10-11-2025 05:34 PM
gitoh
hok ni bru terang clue nya
Quote NuansaBiru 10-11-2025 06:39 PM
Edited by NuansaBiru at 10-11-2025 06:42 PM

Sbb itu sebelum ni orang pertikai dgn ayat2 in denial dia
Saya tak tau kenapa saya kena cerai
Tiba2 laki saya ajak kluar dinner, dan lafaz cerai dlm kereta

Seolah kena cerai tanpa sebab musabab
Kenapa nak kena ambik jalan acah2 naif begitu, bagi statement tak masuk akal
La bila dah makin sikit sikit sikit terbukak sana sini, kau pun makin sakan duk meluah perasaan macam2
Maka tak valid dah la assertions yg awal2 dulu tu, kunun2 tak tau per citer, tetiba kena cerai
Of course ada sebab yg cukup besar yg kau sendiri maklum kenapa kau kena cerai
Apa benda ni
Dari elok2 orang kesian
Tapi kalu makin byk bunyi gini....hhhmmmm ntah lah

Don't let the bad parties win please
Quote JahLupa 10-11-2025 06:44 PM
Seyes la weh org ketiga tu dah banyak umur.. nak kena risau camne pulak dah ni.. ingat muda2 je menyondol
Quote likilu 10-11-2025 08:17 PM
NuansaBiru replied at 10-11-2025 06:39 PM
Sbb itu sebelum ni orang pertikai dgn ayat2 in denial dia
Saya tak tau kenapa saya kena cerai
Tiba2  ...

Logik je kalau gaduh pun tapi tak terlintas nak terus bercerai

Ye la rumah tangga kena hijack dah berapa lama, sampai parents dia tolong masuk campur so i assume orang asing tu tak duk rumah tu dah lah jadi husband marah pun nanti ok lah tu baik balik. Tak duk sekali tapi still keluar sama kan ada sinar disitu

Tau tau husband sebelahkan si 'mangsa' terus lafaz lepas dah kenyang dinner

Takde plot twist baru kan cite ni
Quote divalaura 11-11-2025 07:22 AM
sebab tu aku tak percaya orang lemah lembut ni. acah je lebih! banyak kali kot dalam live/video Nubhan duk bagi hint suruh masak. dia bukan busy macam doktor lain pun. maid ada, dia pun tak kerja dengan orang. masak pun entah berapa kali. jenguk ke klinik pun jarang2. klinik tu pun bukan wujud 10 tahun lepas. klinik tu jugak Nubhan yang buat untuk dia. Orang lembut ni memang suka play victim. yang jenis loud/outspoken sampai ajm lah kena tuduh bagai.....fakiu betul lah perangai hamjad ni.
Quote imransulaiman 11-11-2025 07:44 AM
Kalau tak boleh berdamai suami isteri, berdamailah dengan takdir. Nanti anak kawin perlu wali, mencari apaknya juga...

Semoga dipermudahkan... Aaamiin
Quote noor2 11-11-2025 07:56 AM
Tu kan bapak budak2 tu..knp kekuarkan ayat mcm.tu...mcm org x de agama nk pisahkan ayah dgn anak..
Quote Tinot7 11-11-2025 08:03 AM
Anak2 dia rupa mcm nubhan.. sbb tu ka beriya berebut
Quote nisako 11-11-2025 08:56 AM
ape dah jadi
Quote bioessence 11-11-2025 09:14 AM
Selalu nya anak dapat ke ibu
Mcm Kes ngaii juga
So buat la anak baru dgn org muda
Quote bioessence 11-11-2025 09:17 AM
Esok nak kawin pandai la cari bapa
Banyak la Kes
Quote bioessence 11-11-2025 09:17 AM
Co parenting la je bebaik
Ramai la orang bercerai
Jgn buat anak mcm pawn
Quote Skyline_84 11-11-2025 09:32 AM
Bini syuk 2.0
Quote shalalat 11-11-2025 09:35 AM
noor2 replied at 11-11-2025 07:56 AM
Tu kan bapak budak2 tu..knp kekuarkan ayat mcm.tu...mcm org x de agama nk pisahkan ayah dgn anak..

Kenapa ko selalu one sided kak noor? Asal perempuan, semua salah. Kot jantan, semua betul. Ko tak baca pulak apa kuncu2 nub tu komen?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055954 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top