CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Biar letak semua kesalahan atas saya, tolong hormat dia’ - Nubhan

10-11-2025 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3865| Komen: 67

 


Rentetan episod rumah tangga semakin rumit, penyanyi Nubhan ingin bertanggungjawab atas semua yang berlaku melibatkan dirinya dan isteri, Dr. Afifah Hidayah.

Sedar apa yang berlaku, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berharap orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi supaya dapat memberi tumpuan kepada anak-anak dan juga komitmen dalam program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

“Saya rasa biarlah saya letak semua kesalahan dekat saya. Benda ini bukan mudah untuk saya fokus, macam-macam hal terjadi.

“Saya minta semua hormat dia dan saya pun akan terus hormat sebagai ibu kepada anak-anak saya. Sekiranya orang melihat apa berlaku dalam media sosial, tolonglah tak perlu cakap bukan-bukan terhadap dia.

“Patut dihentikan, saya nak fokus anak-anak, GV dan tanggungjawab saya. Bagilah saya ruang serta peluang untuk teruskan tanggungjawab dalam GV,” katanya kepada Kosmo! Online.


Malah, pelantun lagu Ada Untukmu itu sememangnya mengharapkan dapat menyelesaikan konflik rumah tangga secara baik selain mengharapkan keadaan lebih reda.

“Saya rasa cukup-cukuplah sebab apa pun yang keluar ini antara saya dan dia. Apa yang orang tahu cuma sedikit, selebihnya biarlah saya simpan.

“Memang cara baik (selesai konflik) tapi apa pun sekarang ini situasi semakin rancak. Cuma dah jadi sangat bertebaran, ada yang mengutuk, cakap bukan-bukan.

“Minta maaf, saya tak nak cakap isu rumah tangga sebab tak bawa apa-apa kebaikan. Cukup sampai situ saja,” katanya lagi.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Nubhan dan Afifah semakin rumit apabila banyak spekulasi liar tersebar dalam Threads.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Dr. Afifah.  

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 10-11-2025 03:12 PM
Haaa apa lagi acik2 porem , ex somi dah bagi green light …
Quote kmelankolia 10-11-2025 03:15 PM
noob 39 thn tp npk muda dr atah
Quote kisahkeaku 10-11-2025 03:20 PM
x suka dia sgt tp btl laa dia ckp
Quote BoongaKertas 10-11-2025 03:32 PM
statement dia nmpk bijak sikit. moga yg baik2 jer lah utk korang.
Quote meah_kelabu 10-11-2025 03:39 PM
posting dia pn mengundang jugak tibehhh dh jd meleret2 siap geng2 knon anak skendel tu pn msuk campur dia xde plak nk komen
posting ig amber heard la, video anak2 peluk bibik la tu bukan nk triggered ke

Quote mrsamz 10-11-2025 03:51 PM
bukan igs dia sendiri tulis amber heard? sama macam dalam igs syamimi -jantan ke tino si syamimi nih?yihhh
Quote pocongkiutss 10-11-2025 03:53 PM
kmelankolia replied at 10-11-2025 03:15 PM
noob 39 thn tp npk muda dr atah

Celah mana nmpk lg mudanya nyah
Quote pocongkiutss 10-11-2025 03:55 PM
mrsamz replied at 10-11-2025 03:51 PM
bukan igs dia sendiri tulis amber heard? sama macam dalam igs syamimi -jantan ke tino si syamimi nih ...

Tino ler..comei jgk noks..ekekee

Hrp ikhlas le bg statement ni..menyibuk jah si syamemeh whoareyus tu tibah masuk campur hal laki bini berdua neh
Quote doubleA 10-11-2025 03:55 PM
mrsamz replied at 10-11-2025 03:51 PM
bukan igs dia sendiri tulis amber heard? sama macam dalam igs syamimi -jantan ke tino si syamimi nih ...

Jantan
Quote mrsamz 10-11-2025 03:57 PM
@pocongkiutss sakap syamemeh tinoo
@doubleA sakap syamemeh is jantan
yang mana satu ni nokkss???meolss is konpiuszzz
Quote doubleA 10-11-2025 03:58 PM
mrsamz replied at 10-11-2025 03:57 PM
@pocongkiutss sakap syamemeh tinoo
@doubleA sakap syamemeh is jantan
yang mana satu ni nokkss???meol ...

Syamimwho tu bukan okt. Okt yg konon org ketiga tu ialah mak syamimwho ni. P la tengok ig dia jantan noks
Quote sleepandream 10-11-2025 04:07 PM
very good PR... hope puak sana yang tak pondan pun memilih untuk bertenang yach
Quote badai 10-11-2025 04:07 PM
amber heard malaysia
Quote pitera 10-11-2025 04:33 PM
Ayat PR je ni chuols. Tiru kemal deli.
Quote dua_chzy 10-11-2025 05:34 PM
Yeleh. Nak pancing undi popular makcik2 untuk GV la tu.
Quote L.U.S.M 10-11-2025 05:37 PM
Dia ni kena mandrem ke cmneeee sbnrnya
Quote lightheaded67 10-11-2025 05:39 PM
o pulak
Quote Incanto 10-11-2025 05:44 PM
dua_chzy replied at 10-11-2025 05:34 PM
Yeleh. Nak pancing undi popular makcik2 untuk GV la tu.

GV guna juri, bukan undian

tapi tahun lepas adalah undian popular tiap minggu...menang hadiah dari Cuckoo kalau tak silap
Quote kaseh80 10-11-2025 05:46 PM
Buat meng habihkan boreh jantan ni
Hampeh

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052137 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top