CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Papa saya usaha pulih strok, ada yang jadikan bahan gurauan’ - Ayda Jebat

10-11-2025 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 745| Komen: 10



Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, meluahkan rasa terkilan apabila segelintir individu yang berstatus warga emas bergurau secara tidak sensitif dengan memanggil nama bapanya sebagai ‘Jebat Derhaka’.

Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, situasi itu bukan sahaja mengundang rasa janggal, malah menyentuh perasaannya kerana bapanya kini sedang berjuang melawan strok dan dalam fasa pemulihan.

“Kadang-kadang saya tak tahu nak ambil hati atau tidak. Ada pakcik makcik yang tegur, ‘Oh, ni lah Ayda Jebat! Anak si Jebat Derhaka tu!’ sambil ketawa.

“Kan itu nama bapa saya. Orang tu tengah berusaha nak pulih daripada strok, tapi boleh pula dijadikan bahan gurauan,” katanya dalam Threads.

Tambah pelantun lagu Temberang itu, dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi apabila gurauan datang daripada orang yang lebih tua.

“Kalau orang muda, mungkin saya boleh tegur terus. Tapi sebab orang tua, saya cuma senyum sajalah.

“Saya kongsi perkara ini sebab semalam hari lahir papa, dan kejadian itu pun baru berlaku. Jadi terasa sangat di hati,” jelasnya.

Perkongsian ibu dua anak itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami perasaannya serta menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dalam berjenaka.

“Lawak ada tempatnya. Bila bab melibatkan keluarga dan orang sakit, tolonglah jaga sensitiviti. Tapi orang tua ni begitulah, kalau tegur kata kita ini mudah terasa,” komen netizen.

“Kesian Ayda. Orang tua pun kadang tak sedar gurauan mereka boleh lukakan hati. Semoga ayah Ayda cepat sembuh,” tulis peminat.

“Hati anak mana yang tak sedih bila ayah dijadikan bahan gurauan. Orang tua begitulah, kadang lebih biadab dari anak remaja,” ujar pengguna media sosial.

Penghinaan terhadap nama bapa bukanlah kali pertama berlaku kepada artis, sebelum ini selebriti seperti Anna Jobling, Aina Abdul turut ditimpa isu sama. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 10-11-2025 03:10 PM
Dah ngape muka ayda ni dah mcm awek jepang?

Jap aina abdul org ejek bapak dia nama apa? Klau anna jobling tu tahulah
Quote sleepandream 10-11-2025 03:58 PM
benda macamni pun dah terasa toksah jadi retis ler...
Quote ituseorangaku 10-11-2025 04:09 PM
kalau dah main-mainkan nama bapa..takde sapa pun yang akan suka..derhaka tu pulak perbuatan yang tak elok..dan bapanya tu pulak sedang sakit
Quote BoongaKertas 11-11-2025 10:49 AM
mcm budak kecil eh main nama bapak? iols ingtkan zmn sekolah rendah jer yg ada.
Quote TomyamPuteh 11-11-2025 10:56 AM
Bistu nk jd retis tak blh nk ada perasan la ye?bodo punya netizen.
Quote naina 11-11-2025 10:57 AM
Dia ni buang lemak kat pipi ke eh
Sebab dulu muka dia kemain macam pinggan leper pipi bulat. Sekarang mcm dh nak tirus siap pipi cengkung lg
Quote TravellingBear 11-11-2025 10:57 AM
BoongaKertas replied at 11-11-2025 10:49 AM
mcm budak kecil eh main nama bapak? iols ingtkan zmn sekolah rendah jer yg ada.

Zaman sekolah kau yang macam tu ..... sekarang dah wargamas orangnya orang yang sama
Quote TravellingBear 11-11-2025 11:07 AM
Btw mmg itu risiko nama sama dgn nama org yg terkenal....
Quote putribonda 11-11-2025 01:08 PM
dah kenapa dia ni mcm putih sangat.
drip lebih ke apa
Quote Mimo.mimo 11-11-2025 01:35 PM
putribonda replied at 11-11-2025 01:08 PM
dah kenapa dia ni mcm putih sangat.
drip lebih ke apa

Iols pun perasan. Dia lagi putih dari laki nya.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072465 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top