CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tiada apa di sini…hanya rindu’ – Kamal kongsi gambar Uqasha, anak

10-11-2025 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1008| Komen: 11



Rindu tiada penghujung, tindakan pelakon Kamal Adli berkongsi gambar bersama isterinya, Uqasha Senrose ketika rumah tangga mereka dilanda badai mengundang sebak khalayak.

Walaupun kemelut dalam perkahwinan mereka sudah memasuki proses naik mahkamah, aktor berusia 39 tahun itu tampak masih meletakkan suri hatinya di tempat utama dapat hidupnya.

Malah hantaran berkenaan juga secara langsung menunjukkan kerinduan mendalam terhadap isterinya selepas dia tidak dapat berkomunikasi dengan wanita itu.

Lebih menggandakan telahan berkenaan rasa rindu menggunung terhadap dua insan kesayangannya itu adalah apabila Kamal memuat naik pula video anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.

Hanya disertai kapsyen ringkas, video yang menunjukkan si kecil berusia 18 bulan itu riang berlari di taman menyentuh hati netizen.

“Tiada apa di sini… hanya rindu,” tulisnya, sekali gus bagai menggambarkan perasaan sayu seorang bapa.


Menjengah ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan aktor terbabit selain menitipkan agar jangan berputus asa selain memperbanyakkan berdoa kepada Allah.

“Banyakkan berdoa ya Kamal agar lembut hati Uqasha,” tulis pengguna media sosial.

“Manja dia (Hawra) dengan daddy (bapa). Nampaklah anak Kamal Adli ini sangat rapat dengan daddy dia,” kata pengguna lain.

Terdahulu, Uqasha membuat permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Bagaimanapun, pada prosiding pertama kes berkenaan pada 22 Oktober lalu, Kamal gagal menghadirkan diri.

Malah pada 28 Oktober lalu, Kamal memaklumkan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka kerana masih menyayangi wanita itu.

Malah, dia turut memohon netizen agar tidak mengecam isterinya, sebaliknya meminta semua kesalahan diletakkan kepadanya sebagai suami.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021.


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zirara99 10-11-2025 09:48 PM
Gambar kanan tanpa mekap tu macam muka aku kalau kulit putih je nyah
Quote cawanmilosuam 10-11-2025 10:49 PM
org kata lau byk ckp tu...wayang jer.... ntahle
Quote JahLupa 10-11-2025 10:58 PM
Mudahan yg baik2 untuk semua
Quote Kuin-Kepam 10-11-2025 11:06 PM
Drama Dewa Sayu is back!

Sebelum dpt pengganti macam2 la drama sedih menyedih Neng Yatimah korang. Esok2 dah jumpa...anak pun korang malas jenguk dah....berkepit macam burong sejok.

MO artis lepas bercerai tipikal....templete sepesen je korang kann
Quote TeropongThaico 10-11-2025 11:15 PM
Aiol doakan yg baik2 jer sambil nak tgk sapa betul sapa salah. Skrg atas pagau lg tp condong sikit la dkt kemal ni... Aiol mudah kesian dkt yg berusaha
Quote pocongkiutss 11-11-2025 01:42 AM
Semoga berjodohan kembali

Amin

Doa meols tak dimakbulkan utk patah amon & pajurah dulu..tp kut la yg ni dimakbulkan ke..kita doakan yg baik2 ajelah
Quote binisupir 11-11-2025 07:22 AM
Kamal kena berusaha sikit. Nampak ego uqashantu setinggi langit...
Quote shahirakay 11-11-2025 11:12 AM
apa cerita uqa kata dia tidur sorang makan sorang for nine months? no wonder la hati sejuk beku dah
Quote KamikuP 12-11-2025 04:22 PM
Ceraikan je la, pompuan yg ego mcm ni haRUS DIWHOAYUSKAN SAJORKKK
Quote doubleA 12-11-2025 04:27 PM
Nasib ko la kemal dapat bini sikit short wire
Quote apedehal 12-11-2025 05:15 PM
Don't gibab kamal..nnt xmasal asek kena ckp dgn burung je ..pempuan ni nk tgk effort je tgk bape lama dia boleh pegi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040870 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top