CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Elaine Kang ada masalah jantung, kita tak nak bagi dia stres’ - Tok Ram

10-11-2025 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2941| Komen: 52

 


Maestro muzik, Datuk Ramli MS menjelaskan keputusan memberikan lagu berbahasa Kantonis kepada peserta Gegar Vaganza ke-12 (GV12), Datuk Elaine Kang dibuat atas faktor kesesuaian dan keprihatinan terhadap kemampuan penyanyi itu.

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 66, menjelaskan dia menyedari Elaine berdepan kesukaran besar untuk menghafal lirik lagu dalam bahasa Melayu sehingga menjejaskan menjejaskan fokus serta penghayatan persembahannya.

“Saya selaku pengarah muzik, bila nampak dia sengsara menghafal lirik dan habiskan masa hampir 80 peratus pada lirik, jadi dia hilang banyak benda dari segi jiwa serta tempo.

“Kemudian, saya rasa dia bagi lain ‘handicap’. Tempatnya GV, kita mengalu-alukan artis, kita taklah kejam terus buang.

“Bila melihat komitmen dia, dia sangat komited dengan baju dia yang taja sendiri. Jadi saya rasa adil bagi lagu bahasa ibunda dia,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media GV12 selepas program selesai.


Dalam masa sama, Tok Ram maklum mengenai keadaan kesihatan Elaine yang dikatakan mempunyai masalah jantung.

“Yang saya tahu sebelum ini dia ada kata dia ada masalah jantung. mungkin dia stres.

“Tapi kita tak paksalah. Kalau dia cakap esok lusa doktor suruh rehat, kita harus hormati.

“Kesihatan adalah nombor satu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Roa, Idlan Zahari berkata, pihaknya sentiasa peka dengan keadaan semua peserta GV12 dan menghormati sekiranya Elaine memilih untuk menarik diri.

“Semua latar belakang peserta kita tahu dan pihak produksi dah teliti. Tapi saya rasa waktu kita jumpa setiap peserta, mereka diberi pilihan untuk sertai atau tidak.

Semua peserta buat keputusan sertai dengan masalah kesihatan dan sudah pasti kalau ada keadaan yang memungkinkan untuk tarik diri, kami hormati,” jelasnya.

Semalam, Elaine mengejutkan ramai apabila mahu mengundur diri daripada Gv12 sekali gus memberi bayangan mempunyai masalah kesihatan.

Ketika menyampaikan lagu Angan-Angan nyanyian asal Raja Ema, Elaine kelihatan tidak selesa.

Bagaimanapun, juri tempatan Tok Ram dan Hetty Koes Endang menolak permintaan tersebut dan berjanji mahu memberikan lagu Kantonis buatnya pada minggu hadapan. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sudirmanistas 10-11-2025 02:26 PM
Sekali sekala bagi kelainan okay la. Lagipun Datin Elaine ni, kalau tgk persembahan sekarang, x kan smpi ke final kot, x rasa dia aim nak kembali perform, so enjoy je la sementara dia ada.
Quote prince_marhaen 10-11-2025 02:45 PM
Dah tu...masa dia tengah perform tengah syok boleh pulak promo filem Astroshaw pulak pelakon2 hero tua naik stage...terkejut lah ahsoo tuuu
Quote sleepandream 10-11-2025 03:34 PM
dah takde peserta lain ke? ahsoh ni nyanyi level zaiton sameon dgn nek ani jah...
Quote zafira 10-11-2025 04:04 PM
Edited by zafira at 10-11-2025 04:05 PM

dolu-dolu makcik ni cukup gah... kalau buat show meletops tau.. orang akan samakan dia dgn anita mui... ya lah, jap tukau baju ni, jap tukau baju tu.. kebaboom gitu... tp tu la.. la ni.. sora dia hauks ya amat... mungkin lagu bahasa cina dia masih boleh nyanyi sebab ada jer show sampai skrg kalau x silap..
Quote vender 10-11-2025 04:17 PM
sleepandream replied at 10-11-2025 03:34 PM
dah takde peserta lain ke? ahsoh ni nyanyi level zaiton sameon dgn nek ani jah...

Dia dah keluar nanti boleh la masuk segmen legend lanje tu mcm kaketon
Quote miracle_forever 10-11-2025 04:59 PM
kalau dah tak sihat, elok la tarik diri je daripada tersingkir. smlm pun drama dia sorang je dah meleret2
Quote KamikuP 10-11-2025 05:07 PM
Kesian meolls tengok dia... dia nak nyanyi lagu Maaafkan Aku tapi juri tak bagi.. ekekeke.. Nmpk cam tingtong pun ada ahso ni.. huhuhu
Quote orglama 10-11-2025 05:25 PM
zafira replied at 10-11-2025 04:04 PM
dolu-dolu makcik ni cukup gah... kalau buat show meletops tau.. orang akan samakan dia dgn anita mui ...

Shows dia mmg lagu2 & market cina. Kebetulan di awal karier dia ada album melayu, tp lepas tu dia teruskan dgn lagu2 cina & dia memang performer
Quote alesandra 10-11-2025 05:44 PM
halahh smlm mmg takde penyingkiran.tak payah lah dia tarik diri. ahso tu nak nya nyanyi  lagu carpenters.lagu tu dah tentu la dlm wishlist dia.dah hafal by heart sejak berkurun lamanya.tok ram je beriya bagi pilihan lagu cina.kot ye pun nak keluar secara bermaruah at least bagilah org paham.kalo risau sgt dia stress...APA SUSAH?LETAK JELA PROMPTER DI  DEPAN MATA.TAHUN LPS ADA  SAMPAI JADI JUARA PUN. YEDOKK???
Quote fattymah 10-11-2025 06:04 PM
Ala.. janganlah marah kak sayang iols.. sonok apa tgk sheols menjawab cam jiran iols mak nya duk menyembang gitulah.. nowadays semua duk racist menciklah.. dia mmg sejak dulu nyanyi telor cina gitu
Quote anggeriklatifah 10-11-2025 06:21 PM
Ahso ni aku rsaa dia sengajanje buat cmtu laa
Dia pon dah kaya rayaa
Gv ni utk.dia suka2 je...
Dia sendiri cakap.gitu kan..utk suka2
Quote jihyomelly 10-11-2025 06:25 PM
anita mui mesia..zaman tu dia dasat oooo…tapi kesian semlm..minggu dpn boleh la terkeluar sbb dah minggu ni xde penyingkiran
Quote black_handbag 10-11-2025 07:04 PM
Teruk betul dia ni nyanyi. Sampai i rasa rendahnya level peserta gv tahun ni. Mana pegi penyanyi suara sedap2? Yg patut kena keluar awal lps ni:

- tinelaine
- shy8
- freshies
- penyanyi wanita sabah lupa nama
- rahmat
Quote kaseh80 10-11-2025 07:31 PM
Kualiti vokal peserts GV tahun ini merudum
KPI tak ikut piawaian
Quote ketipongtipah 11-11-2025 12:59 AM
Dah takder talent lain lettew sampai Nyonya semput pun korang sauk eh?

Masa untuk bungkos je program lagho inehh. Yg menang pun sendu balik tak sampai setahun pon. Hanya nak memperkayakan sponsor jer!
Quote telracs 11-11-2025 05:01 AM
So, tak jadilah lagu Yesterday Once More tu minggu ke-3 nanti?
Quote telracs 11-11-2025 05:06 AM
[youtube]pteksK4GtCE?si=InmyZHMjuAcgo0s6[/youtube]
Quote crazybeach 11-11-2025 08:16 AM
bukan ke tok naz dah mengamok dengar peserta bagi excuses sebab perform tak ok? mark tu sampai dah kena sound pasal tangga tinggi gayat bagai. ni nek elane takpe boleh guna alasan sakit?
Quote kaseh80 11-11-2025 08:28 AM
Takde quality control ke?
Main hambik je jadi peserta
LEVEL budak Taska lagi sedap nyanyi
Dahle tu confident diri pun zero
Tak blh nyanyi kat tangga
Tak blh kena tegur
Baik buat Hiburan Santai Malam minggu

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039139 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top