|
Penyanyi Sabronzo berkata dia dan suaminya Ryan Fieret memilih Bali sebagai lokasi perkahwinan mereka kerana mereka sukakan destinasi pelancongan berkenaan. Memetik BH Online, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina menyifatkan Bali memiliki suasana yang tenang serta romantik untuk mengadakan majlis perkahwinan. “Kami memang sukakan Bali dan sering ke sana. Lokasinya unik kerana berada di tepi tebing laut, sekali gus memberi suasana romantik dan menenangkan. “Keluarga suami saya juga tidak pernah ke negara Asia, jadi kami rasa Bali adalah lokasi terbaik untuk mengadakan majlis perkahwinan. Kami mahu memberikan pengalaman terbaik buat semua tetamu dan menjadikan majlis ini dikenang selamanya,” katanya. Sementara itu, Sabronzo berkata suaminya sukakan makanan Malaysia lebih-lebih lagi Nasi Lemak dan penyanyi itu kini sedang menyesuaikan diri dengan budaya serta makanan suaminya yang berasal dari Belanda.
“Saya rasa Ryan kini lebih suka makanan Malaysia. Dia sangat menggemari nasi lemak, jadi saya kerap masakkan untuknya. “Sebaliknya, saya pula mula mencuba makanan Belanda dan menyukainya kerana hidangan mereka lebih sihat,” katanya. Sumber : BH Online, Rotikaya |
L.U.S.M replied at 10-11-2025 10:05 AM
Bulat pendek xhensem je ko mampu sauk..mesti sengkek gk sbb tu Asia pun xpernah pergi hahaha
caprisonne replied at 10-11-2025 12:03 PM
Lol.. aku pun pk yg sama




Kuin-Kepam replied at 10-11-2025 11:20 PM
Awal2 memang la... ko kasi sekam padi pun jantan sanggup. Jgn jadi cam akak Betty ko sudah...ujung2 ...
Kuin-Kepam replied at 10-11-2025 11:20 PM
Awal2 memang la... ko kasi sekam padi pun jantan sanggup. Jgn jadi cam akak Betty ko sudah...ujung2 ...
pinggan replied at 14-11-2025 08:35 AM
Ala sian nya .. tapi kak betty siapa? Kaknita ke?
ADVERTISEMENT