CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bukan beli satu percuma satu, kasihanilah kami’ - Shila Amzah

7-11-2025 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1651| Komen: 11

 


Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak menawarkan kerja dengan bayaran pakej suami isteri.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia dan suaminya, Ubai MZ tidak boleh dikira sebagai satu pakej memandangkan bidang tugas serta kadar bayaran masing-masing yang berbeza.

“Tetaplah nak harga pakej laki bini. Usahlah wahai kawan, kasihanilah kami yang kerja bebas ni. ‘We dont come in package’.

“Kami bukan beli satu percuma satu. Tidak kiralah muncul satu saat ke, cuma guna suara ke,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Luahan  juara Asian Wave 2012 itu mendapat sokongan peminat yang rata-rata sependapat dengan pendiriannya.

“Penat artis bina nama, senang-senang nak beli satu dapat satu. Babap (pukul) karang,” kata netizen.

“Bagi pakej tapi harga dah termasuk untuk dua orang. Tiada diskaun,” kata peminat lain.


Terdahulu, Shila dan Ubai MZ juga pempengaruh mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023.  

Sumber: - KOSMO! ONLINE.

 

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 7-11-2025 05:03 PM
Beli iguana dapat free biawak.
Quote L.U.S.M 7-11-2025 05:14 PM
Laki muka petai xde pencapaian pun nk jadi tibaiunta...acahhh sgt
Quote fadz84 7-11-2025 05:20 PM
1+1 tu ubai tu nk buat apa? Hire utk ambil video bini menyanyi ke?
Quote CurangLagi 7-11-2025 05:21 PM
so mcm mana Ubai dapat panggil LM masuk podcast dia??
Quote silance 7-11-2025 05:27 PM
Budaya type m memang gitu le. Sesame bangsa semue nak murah. Kalu dengan kaum  lain reti pulak ikut harga.
Contohnya antor 3 anak ngaji nak bayor limaploh hengget tapi kalu antor gi tosyen matematic  bleh je bayor ikut harta tinggi x 3.

Asing worangs pun lagi pandai niaga negotiates sesama deme. Saiya kina kuluar modal lebeh you pun bayar saiya lebeh cikit la. Kita samasama wuntung la.
Quote jelitayu 7-11-2025 05:51 PM
hormati lah kerja org. org cari rezeki jng lah diambil kesempatan pulak. takde duit/tak cukup duit jangan ambil atau cari lah yg lain yg lebih mesra poket masing2. simple as that.
Quote binisupir 7-11-2025 07:07 PM
tibehhh
Quote lanacondor 7-11-2025 07:26 PM
Bila org offer job bg rate harga siap2 mcm bdk2 influencer. Tulis detail hg ubai brp shila berapa. Bdk2 instafamous pon beribu byr utk buat video kt tiktok je ni kan lagi suruh nyanyi, suruh mengacara
Quote nisako 10-11-2025 08:08 AM
biasa la kalu hus-wife selalu dikira by 1 free 1 gitu kt sini... hahaaaaa
Quote prince_marhaen 10-11-2025 02:50 PM
Laki dia ni dulu kerja astro kan? skrg masih lagi ke? apa freelance yang dia buat... macam content2 tiktok pun sendu je... adakah shahila tanggung bewak lagi? macam banyak masa je asyik cerita pasal dia je keluar? dia pelakon ke? macam tak pernah nampak je. (tanya dengan nada curious)//
Quote dekmieDandy 11-11-2025 11:32 AM
prince_marhaen replied at 10-11-2025 02:50 PM
Laki dia ni dulu kerja astro kan? skrg masih lagi ke? apa freelance yang dia buat... macam content2  ...

still bawah astro, podcast borak dulu baru kamu tu under astro gempak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.030754 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top