|
Pelakon Ben Amir yang kini menetap di Filipina berkata dia belum terfikir untuk meninggalkan dunia lakonan di Malaysia. Memetik mStar Online, Ben berkata meskipun fokusnya kini pada bidang perniagaan di sana membuatkan dia menjadi lebih selektif dalam tawaran lakonan yang diterimaya. “Saya rasa saya tak boleh tinggalkan dunia lakonan. Cuma apa yang boleh saya lakukan adalah memilih naskhah terbaik. Saya hanya akan terima satu tawaran filem sahaja dalam setahun. “Untuk drama pula, pada awalnya saya memang tidak mahu terlibat kerana mahu fokus kepada filem. Tetapi bila tengok skrip Khianat Yang Terpilih, rasa rugi pula kalau saya tolak sebab watak ini memang tidak pernah saya bawakan sebelum ini,” katanya. Sementara itu, Ben berkata hidupnya di Filipina lebih tenang berbanding kehiduapnnya di Kuala Lumpur yang lebih serabut.
Dalam pada itu, Ben berkongsikan dia akan tampil Akasia: Khianat Yang Terpilih yang akan disiarkan tahun depan bergandingan dengan Amyra Rosli, Puteri Aishah dan Ikmal Amry. Sumber: mStar Online, Rotikaya |

Skrip filem yg bagus prod tak nak offer sbb dh ada better talent dari kau. Dalam IG bukan main kau jawab potong rambut sebab job filem. Last2 drama je yg kau dapat.. sembang…
ADVERTISEMENT