|
Penaynyi Ina Naim mengakui risau serta tidak boleh melelapkan mata apabila anak sulungnya, Ehmad Hadie tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya. Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Ina berkata dia bimbang jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anaknya itu serta berdoa agar anaknya dijauhkan daripada maksiat dan zina. “Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Amar, mesti tumpang tidur rumah Odah (Audra). Ibu risau, ibu tidak boleh tidur malam. Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’,” katanya. Sementara itu, Ina berkata dalam dunia sekarang yang penuh dugaan ini seseorang itu mudah terjerumus ke arah keburukan tidak kira bagaimana pegangan agama mereka.
“Ibu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa Syaitan boleh hasut. Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia. “Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dugaan dan ujian. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Itulah naluri seorang ibu,” katanya. Difahamkan, sejak menyertai TTMM, Hadie, Audra dan Ammar sangat akrab sehingga menamakan kumpulan mereka sebagai Trio Mut. Sumber: – Rotikaya |



burberry99 replied at 7-11-2025 05:08 PM
geli tengok dok bersuap2 si hadi dgn odah...kecik2 dah pandai..tolonglah jaga sikit adab tu

blakcswan replied at 7-11-2025 04:44 PM
anak dia culture shock kot..ialah b4 ni mana ada kawan sgt sbb homeschol kan..ni bila ada kawan dia ...

burberry99 replied at 7-11-2025 05:08 PM
geli tengok dok bersuap2 si hadi dgn odah...kecik2 dah pandai..tolonglah jaga sikit adab tu
Sekaisilver replied at 7-11-2025 10:23 PM
Statement ina ni mmg mengundang betul..
X leh ke ko senyap2 call anak ko ke.. call kak rara tu ke.. ...
Sekaisilver replied at 7-11-2025 10:23 PM
Statement ina ni mmg mengundang betul..
X leh ke ko senyap2 call anak ko ke.. call kak rara tu ke.. ...
ADVERTISEMENT