|
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik Profesor Adjung dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 15 Oktober lalu sehingga 15 Oktober 2027. Siti, 46, terharu atas penghargaan dan kepercayaan UiTM dengan pelantikan itu yang dibuat berdasarkan pengalaman luas dalam bidang perniagaan. "Saya bersyukur terima pelantikan sebagai Profesor Adjung dalam bidang keusahawanan UiTM. Saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang masyhur, sebbaliknya, sebagai selebriti yang terbabit dalam bidang perniagaan. "Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Terharu dengan pelantikan ini sebab ia adalah amanah besar buat saya yang sudah dua dekad dalam industri seni. "Saya menilai dan melihat pelantikan ini lebih kepada sumbangan saya kepada anak bangsa. Ramai sebenarnya yang berpotensi besar dan kita harus beri pulang dan ruang buat mereka terutama pelajar.
"Harapannya, pembabitan saya ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menjadi usahawan yang berjaya," katanya pada majlis penyerahan surat pelantikan sebagai Profesor Adjung di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM di sini, hari ini. Pelantikan itu disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Majlis itu dihadiri barisan pengurusan tertinggi UiTM, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) selaku fakulti pengusul pelantikan dan wakil industri. Pelantikan Siti sebagai Profesor Adjung adalah pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besarnya bukan sahaja sebagai ikon seni negara, tetapi sebagai usahawan wanita berdaya saing yang berjaya membina empayar perniagaan melalui jenama SimplySiti. Kejayaan Siti menampilkan gabungan antara kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam mengangkat produk tempatan ke peringkat antarabangsa, menjadi inspirasi kepada ribuan usahawan muda dan mahasiswa di seluruh negara. Sebagai Profesor Adjung UiTM, Siti memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dan warga akademik melalui perkongsian pengalaman sebenar dunia keusahawanan. Siti juga akan membantu memperkukuh hubungan strategik antara UiTM dan industri kreatif serta membuka peluang kerjasama rentas bidang dalam pengkomersialan idea dan inovasi pelajar. Siti berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai tugasannya selepas dilantik Profesor Adjung UITM. "Sebagai Profesor Adjung, saya ada beberapa tugasan yang perlu dibuat dan saya akan berkongsi ilmu mengenai bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan pengalaman yang saya ada. "Disebabkan dunia sebenar sangat mencabar dan saya sedang melaluinya, dengan ilmu yang ada, saya akan kongsi dengan pelajar. "Sebelum saya terima pelantikan ini, saya melihat pada besarnya tanggungjawab. Apa yang saya boleh beri, saya akan cuba laksanakan dengan baik dan sesuai dengan masa saya," katanya. Pelantikan Siti sebagai Profesor Adjung mencerminkan komitmen UiTM dalam memperkasa pelajar agar menjadi usahawan berdaya tahan dan beretika, sejajar dengan aspirasi universiti untuk menjadi Globally Renowned University by 2025. UiTM percaya bahawa kolaborasi strategik dengan tokoh industri berpengaruh seperti Siti Nurhaliza akan melahirkan generasi baharu graduan yang bukan sahaja cemerlang secara akademik, tetapi mampu menjadi pemimpin dan pencipta peluang dalam dunia keusahawanan global. Sumber: – BH |
dua_chzy replied at 7-11-2025 04:08 PM
Rezeki menjadi selebriti. Boleh terpilih jadi ahli akademik.
heythere123 replied at 9-11-2025 05:25 PM
emmmm ni dinosaur mana yg suggest nama sheols???? ramai lagi kot individu berkaliber dekat luar sana ...
pocongkiutss replied at 9-11-2025 05:37 PM
Ha khairul aming..yess agree!!
Tp karats sentap nanti nyah
L.U.S.M replied at 7-11-2025 05:24 PM
Business sendiri pun melingkup byk hutang siap amik CEO cina blh plak jadi adjung prof kat uitm..hmm ...
ADVERTISEMENT