CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabronzo bimbing suami mualaf, tetap fokus bersama Dolla

7-11-2025 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2812| Komen: 46

 


Penyanyi dan ahli kumpulan Dolla, Sabronzo berkongsi kisah kehidupannya selepas sebulan mendirikan rumah tangga, termasuk cabaran membimbing suaminya yang baru memeluk Islam.

Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berkata kehidupannya kini lebih tenang dan damai bersama suami tercinta, Ryan Fieret, atau lebih dikenali sebagai Dash Berlin, tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

"Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan sekarang, semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

"Ini hal peribadi, jadi saya tak mahu memberi tekanan kepada sesiapa. Agama lama suami pun mengajar tentang keamanan dan ketenangan.

"Yang penting, saya berusaha membimbingnya tentang Islam. Selagi kehidupan kami dipenuhi dengan kebaikan dan cinta, insya-Allah semuanya baik-baik saja," katanya ketika ditemui selepas Majlis Media Gathering dan tayangan perdana muzik video (MV) di The Campus, Ampang, hari ini.


 

Mengulas kehidupannya selepas berkahwin, Sabronzo berkata tidak banyak perubahan berlaku, sebaliknya dia bersyukur dikurniakan pasangan yang memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya baik-baik saja. Saya gembira kerana ditemukan dengan lelaki yang sangat baik dan penyayang.

"Nak kata banyak beza sebelum dan selepas kahwin, tak juga… Kami masing-masing masih fokus dengan kerjaya.

"Cuma sekarang, bila balik kerja, saya ada teman untuk berbual. Itu pun sudah cukup membahagiakan," ujarnya,

Sabronzo turut menafikan perkahwinan menjejaskan komitmennya terhadap kumpulan Dolla, sebaliknya menganggap sokongan suami sebagai pendorong untuk terus berjaya.

"Saya tak rasa perkahwinan ini ganggu kerjaya, malah ia beri saya semangat baharu.

"Saya tetap fokus dan akan terus berikan komitmen penuh untuk capai matlamat bersama Dolla.

"Suami juga banyak beri motivasi untuk saya jadi lebih baik, apatah lagi kami sama-sama dalam bidang muzik," katanya.

Pada 29 September lalu, Sabronzo mengesahkan sudah bergelar isteri selepas memuat naik foto perkahwinannya bersama Ryan di media sosial.

Majlis resepsi pasangan itu berlangsung meriah di Bali, Indonesia, pada 25 September lalu, kira-kira dua minggu selepas mereka selamat disatukan.

Difahamkan, pasangan berkenaan mula rapat selepas bekerjasama dalam sebuah acara hiburan awal tahun ini.

Ryan merupakan DJ kelahiran Belanda dan anggota kumpulan antarabangsa terkenal, Dash Berlin.


Sumber: – BH

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-11-2025 09:30 AM
Kau pun macam perlu banyak bimbingan ye MekSab... btw, ingatkan sheols pilih VVVIP ke anak VVVIP ke.. omputih berwajah awam juga pilihannya.. hehe. Laki she kerja DJ club kan? ada band ke..?
Quote KamikuP 7-11-2025 09:39 AM
Sekali baca ingatkan "Sabronzo BIMBANG suami mualaf".. ekeke
Hadap je lah noks.. moga bahagia, kalau x bahagia serai je la mcm kebanyakan retis Malaysia ni haaa... ekekek
Quote Hanzeviera 7-11-2025 09:56 AM
bimbing keee
Quote oggy 7-11-2025 09:57 AM
Iolls taknak komen mengecam lebih2.
Mana la tau satu hari tiberrr dia join geng usrah ke
Quote pocongkiutss 7-11-2025 10:03 AM
oggy replied at 7-11-2025 09:57 AM
Iolls taknak komen mengecam lebih2.
Mana la tau satu hari tiberrr dia join geng usrah ke

Masuk geng usrah tak bermaksud org tu baik noks
Quote dua_chzy 7-11-2025 11:16 AM
Meols imagine bimbing sambil pakai lingerie camni.

[youtube]Xfs_Bxl1HxU?si=ryv3dCbrpg4vYlHi[/youtube]
Quote Purplehaz 7-11-2025 12:00 PM
Penting bimbing dia ttg Akidah, kalau puasa dan solat dah lulus boleh laksana insyaAllah bahagia la marriage. Tapi pakaian ko tu kenalah tutup aurat jua.
Quote swateng1 7-11-2025 03:54 PM
YANG NAK BIMBING PUNNN.. MAAPPP SAAKAPPPP
Quote awenda507 8-11-2025 03:57 AM
Yg nk membimbing pun kelihatan mcm prlukan bimbingan
Quote hyie 8-11-2025 04:06 AM
meols ok je dengan mek sab walaupun sheols seksi meksi segala..at least sheols dapat mengIslamkan seorang mualaf, besar pahalanya. Tak perlu judge lelebih ok, risau baca komen netizen kat fb mahupun Thrads dan X, memasing tunjuk pandai..so ewww..iols yakin je meksab ni budak baik in real life
Quote Tinot7 8-11-2025 04:24 AM
Semoga beristiqamah.. betui ka ucapan mcm ni
Quote bottombikini 8-11-2025 06:00 AM
tak tau la bimbing ke bimbang..
Quote cahaya_almas 8-11-2025 06:24 AM
Tergelak baca tajuk n tgk gmbr. Mcm tk sesuai.haha..
Quote Piramida 8-11-2025 07:26 AM
Org tu pun baru masuk Islam... Betul lah tu bimbing...
Bimbing level dia laaaa hehehe
Quote makneng 8-11-2025 09:22 AM
Mak senyum sinis jah
Quote marchikobonzo 8-11-2025 10:20 AM
Bimbing bimbang lebih kurang je
Quote makita 8-11-2025 10:24 AM
hyie replied at 8-11-2025 04:06 AM
meols ok je dengan mek sab walaupun sheols seksi meksi segala..at least sheols dapat mengIslamkan se ...

Betul meols setuju. Wpon pakaian tersembul sana sini tp dia berjaya Islamkan seorang umat. Kalau tgok gaya luaran anytime je laki tu leh tarik minah ni ke agama lelaki tu.
Quote hayrin86 8-11-2025 10:25 AM
dua_chzy replied at 7-11-2025 11:16 AM
Meols imagine bimbing sambil pakai lingerie camni.

Mujur taknah dgr lagu ini.. Kalau bukak radio pun untuk dengar info/berita/maklumat termasuk pasal sukan dan hiburan aje..

Quote PinkyPie 8-11-2025 02:31 PM
Acik Ina Freshies flip hair jer

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041632 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top