CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Makan ubat radang tak jalan, masuk 4 beg drip baru okey’ - Aaron Aziz

6-11-2025 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 715| Komen: 7

 


Demi memenuhi tuntutan watak dan disiplin kerja sehingga mengalami keletihan, pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya terpaksa dimasukkan ke hospital ketika menjalani penggambaran filem aksi terbaharu, Banduan.

Ujar Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, tubuhnya mula lemah selepas beberapa hari melakonkan babak pertarungan intensif, namun tetap meneruskan penggambaran sebelum akhirnya mendapatkan rawatan.


“Filem ini memang banyak babak berlawan. Ada babak pengarah minta buat sekali ‘take’ saja, jadi saya cuba beri sehabis baik. Saya selalu tanya dengan pengarah sama ada dia berpuas hati atau tidak.

“Mungkin sebab dah berumur, selepas beberapa hari berlawan, sakit badan tak hilang-hilang.

“Saya dah makan ubat radang pun tak jalan. Habis shooting pagi tu, saya terus ke hospital,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selepas menjalani rawatan, bintang filem Sayu Yang Syukur itu berkata, doktor mengesahkan dirinya mengalami dehidrasi teruk sehingga memerlukan drip air bagi menstabilkan keadaan tubuh.

Meskipun disarankan berehat, bapa tiga anak itu tetap memilih kembali ke set demi memastikan produksi tidak terbeban dengan kelewatan jadual.

“Bila doktor buat pemeriksaan, darah tunjuk badan saya dah dehidrasi. Kena minum air banyak untuk buang toksin.

“Empat beg drip (cecair ubat) masuk barulah stabil. Doktor nasihat saya cuti dua atau tiga hari untuk rehat. Saya beritahu doktor, malam itu juga kena keluar sebab masih ada penggambaran.

“Doktor kata saya gila, tapi bagi saya itu komitmen sebagai pelakon. Bila diberi kepercayaan dan peluang, kena korban apa pun. Kalau sakit, kita kuatkan juga,” kongsinya pada sidang media tayangan perdana filem Banduan di sini, semalam.

Aaaron membintangi filem aksi Banduan, adaptasi blockbuster Tamil Kaithi.

Versi Malaysia itu diarahkan Kroll Azry dan diterbitkan Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures, manakala Astro Shaw bertindak sebagai rakan pemasaran dan pengedaran.

Selain Aaron, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon besar seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Zul Ariffin, Fadhli Masoot dan Adlin Aman Ramli.

Banduan bakal menemui penonton seluruh negara di pawagam mulai 6 November.  

Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alien88 6-11-2025 09:30 AM
iolls pernah tgk film Kaithi bestt tapi kalau boleh nak la yg jadi hero tu syukri yahya ke shaheizy sam yg tak perlu bulky tp fit for fighting scene, tgk aaron aziz mcm 'berat' untuk scene lawan2 ni

btw, bang aaron kesihatan tu kena jaga ya
Quote Pumpkinhead 6-11-2025 10:02 AM
moga sihat sejahtera hendaknya...badan nak pakai lama
Quote L.U.S.M 6-11-2025 11:15 AM
Dah tua..cucuk mcm2 pun xjalan.hero tua mcm dia ni patut bagi watak mcm dato razali Kamal mustapa tu je haaa ..lawan2 mmg xlarat dh...bg la org lain plak jadi hero
Quote Minami2013 6-11-2025 11:20 AM
L.U.S.M replied at 6-11-2025 03:15 AM
Dah tua..cucuk mcm2 pun xjalan.hero tua mcm dia ni patut bagi watak mcm dato razali Kamal mustapa tu ...

Kannnn.. masa gado dgn shamsul yusof pun dok cite psl ubat2 nak jayakan watak. Kalo meols producer/pengarah dah blacklist dia dr watak aksi.
Quote TeropongThaico 6-11-2025 01:27 PM
Dah beberapa kali bgth ada masalah masa berlakon watak gitu jd para producer sila ambil maklum
Dia ni pun... elok bersara je la dr berlakon watak lasak gini
Quote Vanillah 6-11-2025 02:29 PM
Edited by Vanillah at 6-11-2025 02:32 PM

Caption from Astro - “Action King Comeback” overrated naw…
Menyampah betul atok sorang ni. Setiap kali ada filem baru, mesti ada citer dia terkehel sana sini. Jadi kita kena support ke?
Producer dh boleh stoplah amek dia. M’sia dah ramai pelakon yg lg baguuss dr dia
Quote katak hijau 6-11-2025 04:28 PM
Mohon temasik ambik dia balik ye

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040756 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top