CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya mahu jodoh diredai Allah, faham agama, bertanggungjawab’ - Fazura

6-11-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5075| Komen: 84

 


Menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT, pelakon Fazura meminta orang ramai sentiasa menitipkan doa buat dirinya termasuk dikurniakan pasangan hidup yang diredai Tuhan.

Menurut Fazura, 42, dia tidak menolak untuk kembali bergelar isteri meskipun pernah melalui episod perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin sebelum ini.


“Kahwin atau tidak, bukannya urusan sesiapa sebaliknya ketentuan Allah.

“Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh menentukan bukan orang lain,” katanya dalam siaran langsung baru-baru ini.

Dia menambah, lelaki tersebut perlulah menyayanginya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya selain tidak menolak sekiranya dikurniakan jodoh dari negara seberang, Indonesia.

“Jodoh Indonesia? Mana tahu, kalau itu yang terbaik.

“Saya mahu jodoh yang diredai Allah, baik, faham agama dan bertanggungjawab.

“Semoga semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan. Lelaki yang sayang saya, Fatima, mampu buat kita bahagia dan boleh susah senang bersama selama-lamanya di dunia serta akhirat,” katanya lagi.

Dalam video berbeza, Fatima turut meluahkan keinginan untuk menerima kehadiran seorang bapa baharu

“Nak,” jawab Fatima ringkas apabila ibunya bertanya sama ada dia mahu seorang bapa baharu.

Ujar Fazura, Fatima akan menilai sendiri mana-mana individu yang ingin menjadi bapanya.

Dia bahkan berkata, tidak perlu untuk bertelagah mengenai dirinya yang kini terbuka berbicara soal jodoh dan percaya kerana Tuhan sudah menjanjikan yang terbaik.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 2017 namun bercerai pada 2024. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-11-2025 09:07 AM
Edited by KamikuP at 6-11-2025 01:09 AM

FA punyai ciri2 tersebut (tapi bukan Indon leluhur le) tapi ko yg nak sgt cerai khuenzzz? Ke tak dapat duit raya? ekekeke
(Mohon admin bukak byk2 thread sheolls nak carik jodoh boleh meolls cerca sambil kutip kredit... ekekek)   
Quote apedehal 6-11-2025 09:17 AM
Kompem ke semua ciri tu patah ada? Nmpk naw tersakiti sgt... korg bila mnyindir faz ttg ciri2 yg ao ada boleh pulak..lntak dia la nk yg mcmana da kawin da pun laki korg tu..g la harrass ao suh jaga si patah tatang bgai myk yg penuh, jgn miss mana2 part..sibuk kn yg janda kenapa, akai short somewhere ke korg ni
Quote pocongkiutss 6-11-2025 09:48 AM
Semoga lepas ni berjumpa jodoh yg serasi..tu ajelah noks..kdg ada ciri2 mcm yg kita nak..tp tak serasi..tak sekepala pun..payah juga sis pajurah
Quote LauraRichis 6-11-2025 09:51 AM
KamikuP replied at 6-11-2025 09:07 AM
FA punyai ciri2 tersebut (tapi bukan Indon leluhur le) tapi ko yg nak sgt cerai khuenzzz? Ke tak dap ...

Ciri2 yg mana satu? Yg tak bagi nafkah tu ke? tapi paling lawak bertahun2 keledek menunggang idolat terpaling hapal al mulk tu yg diangkat tarap retis termaksum skali ghopernya ternyata nowa oenis yg dolunya kaki kelab pown lebih hapal dari idolat yach..dah terjuling2 nengok kat hp pown tetappp salah baca gak
Quote KamikuP 6-11-2025 10:16 AM
jANJI FA tak hutang juta2.. ekekekekekeke
(hutang bayor le woii...hahahaha)
Quote ituseorangaku 6-11-2025 11:45 AM
kalau ye pun dia yang pegi mahkamah mohon cerai dan dah pun diceraikan..takkan la dia tak boleh pulak dan bersuami baru pulak kan?
Quote freyayong 6-11-2025 11:58 AM
semoga makbul doanya...
Quote eizarz 6-11-2025 12:12 PM
thread bodo yg tak pernah habis
Quote sweetfasha 6-11-2025 12:52 PM
ala ungkit je hutang juta juta tu sampai mamps.. hahahha itu je lah pun point yg keledek kerldai ni ada nak merentan

kejap lagi keluarlah.. nak duit raya
menangis tepi longkang
bodyguard 7 orang
kwsp tak bayar

tak caya? tengoklah jap lagi bila keledek keldai masuk ...

hahhhhh masuk keledek..
Quote Camarbiru16 6-11-2025 01:02 PM
LauraRichis replied at 6-11-2025 09:51 AM
Ciri2 yg mana satu? Yg tak bagi nafkah tu ke? tapi paling lawak bertahun2 keledek menunggang  ...

Caya la sgt tk bg nafkah..buta2 kena kencing.
Quote Camarbiru16 6-11-2025 01:03 PM
KamikuP replied at 6-11-2025 10:16 AM
jANJI FA tak hutang juta2.. ekekekekekeke
(hutang bayor le woii...hahahaha)

Sbb ada org tknk tolong bayo utang le dia meroyan2..merentan2..
Quote Camarbiru16 6-11-2025 01:04 PM
ituseorangaku replied at 6-11-2025 11:45 AM
kalau ye pun dia yang pegi mahkamah mohon cerai dan dah pun diceraikan..takkan la dia tak boleh pula ...

Ya sis...kita smua doakan moga Allah temukan suami pilihan hati yg dpt beri kebahagiaan dunia akhirat buat fazura.
Quote Camarbiru16 6-11-2025 01:05 PM
sweetfasha replied at 6-11-2025 12:52 PM
ala ungkit je hutang juta juta tu sampai mamps.. hahahha itu je lah pun point yg keledek kerldai ni  ...

Hehehehe
Ko pun mcm tkda cermin kat rumah pulak
Quote sweetfasha 6-11-2025 01:15 PM
Camarbiru16 replied at 6-11-2025 01:05 PM
Hehehehe
Ko pun mcm tkda cermin kat rumah pulak

hahahah merentan pasal cermin plak.. pi lah mengadu kat thread rempit glamping keledek keldai tu.. hahhaha

elok ko tu bukan cermin diri je cuci hati bangkai tu sekali hahhahhaha
Quote LauraRichis 6-11-2025 01:28 PM
sweetfasha replied at 6-11-2025 12:52 PM
ala ungkit je hutang juta juta tu sampai mamps.. hahahha itu je lah pun point yg keledek kerldai ni  ...

Tak bagi nafkah sbb kedekut pown dikira sbg berhutang..malaikat jadi saksi Allah jadi Hakim
Quote TeropongThaico 6-11-2025 01:31 PM
Benda baik2 aiol tlg aminkan yer...

Semua org yg berkahwin pun itu la harapannya
Quote KamikuP 6-11-2025 02:36 PM
Camarbiru16 replied at 6-11-2025 05:03 AM
Sbb ada org tknk tolong bayo utang le dia meroyan2..merentan2..

yE la khuenzz.. faktor umur bini yang tua lagi berumur barangkali
Quote KamikuP 6-11-2025 02:37 PM
LauraRichis replied at 6-11-2025 05:28 AM
Tak bagi nafkah sbb kedekut pown dikira sbg berhutang..malaikat jadi saksi Allah jadi Hakim {:1_55 ...

Lagi buruk siku dan hina bila hadiah kereta diungkit.. ekekeke
Quote awanearisu 6-11-2025 02:48 PM
Tudung coklat tu cantik. Namun kita tiada keberanian untuk mencuba gaya begitu.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052385 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top