CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Cakap pun guna burung’ – Kamal Adli sambut ‘anniversary’ sendirian

6-11-2025 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4085| Komen: 55

 


Pelakon Kamal Adli reda apabila terpaksa menyambut ‘anniversary’ atau ulang tahun perkahwinan yang keempat bersama Uqasha Senrose sendirian.

Meskipun perkahwinannya bersama Uqasha sedang bergolak, Kamal tetap mengambil cuti selama tiga hari dan membuat perancangan untuk meraikan isterinya.


“Hari ini anniversary perkahwinan saya yang keempat. Sepatutnya memang sudah rancang untuk sambutan, tetapi sudah jadi seperti ini, saya reda,” kata Kamal.

Tambah Kamal, sambutan ulang tahun perkahwinannya kali ini agak berbeza kerana dia meraikan tanpa isteri di sisi.

“Tahun ini agak berbeza kerana raikan sendiri sahaja. Saya memang ambil cuti dan membuat perancangan sambutan, setiap tahun pun begitu.

“Cuma tahun ini tidak berjaya sangat. Orang kata, tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang sangat mencabar. Saya selalu cakap dengan diri, ini dugaan Allah.

“Pasti aka nada benda baik yang Allah hendak beri. Saya harap perkara baik itu adalah bersama dengan anak dan isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamal berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada banyak pihak terutama para peminat.

“Doa yang baik-baik, saya bukan hendak raih simpati. Biarlah orang nampak pada waktu ini saya mengejar anak dan isteri saya.

“Saya berperang bukan untuk berpisah tetapi berperang untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Terima kasih netizen yang tolong beri idea dan ‘spam’ beramai-ramai menyampai hasrat saya.

“Nampaknya rancangan kita tidak menjadi sangat. Nanti kita rancang yang lain pula. Terima kasih, saya okey sahaja sekarang dan gembira melihat Uqasha pun sedang sibuk bekerja,” tutur Kamal.

Sementara itu, komunikasi antara Kamal dan Uqasha masih terbatas kerana terpaksa menggunakan orang tengah.

“Komunikasi sama seperti hari itu, kita pakai ‘burung’. Mungkin merajuk lama, tetapi ini macam lama sangat. Nak berjumpa anak pun ada prosesnya, saya ikut sahajalah permintaannya,” kata Kamal yang ditemui pada sesi sidang media drama Bahagia Yang Tertangguh di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur sebentar tadi.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama telah berlangsung pada 22 Oktober lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. 
 
 

Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 6-11-2025 09:56 AM
kesiannya....moga baik-baik aja
Quote apedehal 6-11-2025 10:00 AM
Aku da faham lain pulak..xpa lama2 dia nmpak usaha tu kamal..jgn putus asa..pempuan ni selalu nk ukur effort je, kalau ikhlas inshaAllah dipermudahkn keep fighting
Quote freyayong 6-11-2025 11:48 AM
kesian KA... usaha la selagi mampu pertahankan. tp kalau dah smpai limit ikut je la apa yg dia nak..
Quote becir 6-11-2025 11:53 AM
dah terantuk baru terngadah la kot
Quote Binderclips 6-11-2025 12:33 PM
Harap bersabar lg 2 bulan sbb dh tinggal asing 1 bln. Lps tu, tinggalkan je sbb Isteri yg kuar umah dulu.
Quote pilut 6-11-2025 12:39 PM
apedehal replied at 6-11-2025 10:00 AM
Aku da faham lain pulak..xpa lama2 dia nmpak usaha tu kamal..jgn putus asa..pempuan ni selalu nk u ...

lain betul cara si kamal dgn dgn si kayu tu...............nmpk la effort walaupun dh dimalukan bini
while si kayuuuuuuuuuu
Quote MatDeghem 6-11-2025 12:47 PM
pilut replied at 6-11-2025 12:39 PM
lain betul cara si kamal dgn dgn si kayu tu...............nmpk la effort walaupun dh dimalukan bin ...

Kayu...ramai yg dah menanti. Beratur tunggu jatuh talak. First on line.....siapa?





Acik cherry....
hantar message motivational.
Tapi tak di layan kerana manager bapok Acatemon tak brape berkenan kot. Maka nya masih tersadai di tepian pantai

Lepas tu.....jeng jeng jeng. Masuk anak old moni. The rest is history

Quote naina 6-11-2025 01:14 PM
Kesiannya. Ya netizen nampak effort itu
Kalau uqa buat keras je biar jelah
Dia akan menanggung penyesalan seumur hidup kerana derhaka pada suami. Kalau panjang umur xpe. Kalau tiba-tiba meninggal lagi makan dalam ooo.
Quote Cassieopeia 6-11-2025 01:14 PM
moga baik2 la utk family diorg. dua2 kene fikir n turunkn ego gitu akak nasihat..
Quote sweetfasha 6-11-2025 01:17 PM
bersabarlah.. usaha lagi.. perjuangkan
Quote sofi_sofia 6-11-2025 01:33 PM
MatDeghem replied at 6-11-2025 12:47 PM
Kayu...ramai yg dah menanti. Beratur tunggu jatuh talak. First on line.....siapa?

tulah chuols .. jantan2 klu lepas bercerai mmg fragile ... klu capybara yang dtg pun & capybara tu ambik berat maka tersangkutlah dia dgn capybara tu ... sekadar contoh2 hewan bagi memberi sedikit gambaran situasi
Quote pocongkiutss 6-11-2025 01:46 PM
apedehal replied at 6-11-2025 10:00 AM
Aku da faham lain pulak..xpa lama2 dia nmpak usaha tu kamal..jgn putus asa..pempuan ni selalu nk u ...

Hahaha sbb "burung" kan?
Quote babelina 6-11-2025 03:17 PM
nape la agknya korg nie ye.. nmpk mcm saling memahami.. moga2 selamat rumahtga korg.. amin yra..
Quote L.U.S.M 6-11-2025 03:33 PM
Kamal dh 40 so kira hero tua..kurang laku pun sbb tu menghargai ungka sewel ni...jgn bandingkan dgn bamtah yang tgh hot tu..tgk muka pun Kamal dh kalah bertiang dh..

Nk compare carila yang apple to apple bingai berlapis2 korang ni..sekian
Quote sukanyanyi 6-11-2025 04:04 PM
apedehal replied at 6-11-2025 10:00 AM
Aku da faham lain pulak..xpa lama2 dia nmpak usaha tu kamal..jgn putus asa..pempuan ni selalu nk u ...

Kan..sbb burung tu..sib baik la kite rajin nk baca.. adoi. Anyway erm taktau nk ckp..50-50 lah dgn pasangan ni
Quote KamikuP 6-11-2025 04:06 PM
Pak Mat western is watching
Quote sukanyanyi 6-11-2025 04:10 PM
pocongkiutss replied at 6-11-2025 01:46 PM
Hahaha sbb "burung" kan?

Opkos.. meols rase sape yg tak tersalah faham tu mmg hati putih
Quote Farnor 6-11-2025 04:21 PM
Semoga rumah tangga dapat selamat ya kamal adli.. Mcm farid tu masa blm cerai serabut n nampak tak kemas ada usaha pertahankan rumah tangga tapi bila dah bebas.. Muka pun nampak tenang n seri pun naik..dd pulak yg kelihatan sunyi.
Quote anggeriklatifah 6-11-2025 05:06 PM
Edited by anggeriklatifah at 6-11-2025 05:07 PM

Ikut kan je laa kamal oiii..
Selagi keliling dia circle2 dia semua dapat kahwin dgn business man ada masa depan..kerabat raja...selagi tu laaa dia takkn nak kau walau apa je usaha
kau  dah buat...
risiko bg kau jugak pilih type prmpuan
mcm uqa tu..so hadap jelaaa...
Dia akan kembali pada kau jika tiba2 dpt berita kamal adli sebnrnyaaa anak rajaa..kepada sultan ni..diwasiatkan harta bla bla..atau anak vvip kaya..diberi rumah banglo kete mewah wang masuk akaun berbilion...jika dia dpt berita cam tu nak laa dia kembali kat kau

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057560 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top