CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein umum hari terakhir di Era FM, satu keputusan berat untuk berhenti

5-11-2025 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1316| Komen: 14

 


PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein secara rasmi mengumumkan dia tidak lagi bertugas sebagai penyampai radio untuk segmen Carta Era 40.

Menurut Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, namun ia dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor peribadi.

“Hari ini saya nak umumkan yang hari ini adalah hari terakhir saya bekerja sebagai deejay Carta Era 40.

"Sebenarnya memang berat dan susah nak buat keputusan ini, tetapi saya percaya ini yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

Elly berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu sekaligus memaklumkan hari terakhir dia berkhidmat. 

Dalam pada itu, Elly turut menzahirkan penghargaan buat pihak pengurusan Era atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang dia bertugas di stesen radio berkenaan.


 

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana menerima dan menghormati keputusan saya.

"Doa saya kepada radio Era semoga terus berjaya dan menjadi pilihan utama pendengar di seluruh negara,” ujarnya.

Mengulas dakwaan kononnya kontraknya tidak disambung, Elly memberi bayangan bahawa perkara itu sama sekali tidak benar.

Malah dia sempat berseloroh meluahkan rasa marah apabila ada yang membuat spekulasi sebegitu. 

Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu turut berterima kasih kepada semua pendengar setia Carta Era 40 yang selama ini memberikan sokongan terhadapnya.

“Terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa bersama saya setiap minggu. Saya hargai sangat-sangat sokongan anda semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pendengar meluahkan rasa sedih dengan pengunduran Elly serta mengakui akan merindui celoteh dan keletah spontannya di corong radio.

Untuk rekod, Elly bergelar penyampai radio Era selama dua tahun.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 6-11-2025 09:53 AM
ok semoga maju jaya
Quote KamikuP 6-11-2025 03:01 PM
pEGI sINAR kah?
Quote emera 6-11-2025 04:39 PM
Ko alter muka ko terus nmpk buruk, plastik & nak ke arah clown.
Quote gorjeous 6-11-2025 04:53 PM
good luck.
Quote sfrnna 6-11-2025 04:58 PM
Hidung tu boleh tanya influencer amyera tu kot buat kat mana. So unnatural ye idong u
Quote teen_angelJB 6-11-2025 05:26 PM
1 lagi.. Aku annoying betul cara dia cakap. Mcm pkai gg pelesuuu
Something also dgn bibir dan mulut dia laaa
Quote belacan_gurl 6-11-2025 09:58 PM
teen_angelJB replied at 6-11-2025 05:26 PM
1 lagi.. Aku annoying betul cara dia cakap. Mcm pkai gg pelesuuu
Something also dgn bibir dan mulut  ...

Dia sbb suntik bibir jadi besor...sebelum nih kalo dia senyum mmg cantik...igt lagi masa zaman dia mula2 jadi penyanyi ..kat muzik2 ...masa tu segmen penyanyi yang ada lagu baru nyanyi...dia dgn rem jadi penyanyi undangan...rem puji elly bila senyum cantik...Gigi elly cantik ahahahahah aku igt lg sbb mmg aku pun tertanya sapa minah nih..comel sgt
Quote irvene 7-11-2025 12:16 AM
sikit lagi muka nak macam zila bakarin.
Quote silampumeja 7-11-2025 01:21 AM
Sekali dia pergi zayan
Quote pearl.silver 7-11-2025 04:20 AM
Aku xsuka tgk dia pki tudung gitu. Xsemua org boleh carry style gitu te.
Quote CandyK 7-11-2025 04:49 AM
sfrnna replied at 6-11-2025 04:58 PM
Hidung tu boleh tanya influencer amyera tu kot buat kat mana. So unnatural ye idong u

Hidung and dagu dia macam implan ponen2 zaman dulu. Mcm iras pian cecupak punya implan i tengok. Agaknya dah backdated sangat. Kena update teknologi baru la kak kepom. Tapi muka ori kepom lagi cute daripad muka buatan bagi i
Quote likilu 7-11-2025 08:00 AM
Paling over tp tah kenapa tak kena judge
Quote binisupir 7-11-2025 07:34 PM
bye-bye
Quote bottombikini 8-11-2025 06:29 AM
sama mcm tokbida
tak lalu nengok bibio nye

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034525 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top