|
ISTERI kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, berkongsi tentang hak penjagaan bersama terhadap anak-anak meskipun pasangan suami isteri sudah bercerai. Seperti yang dianjurkan dalam agama Islam, baginya tanggungjawab dalam membesarkan anak juga tidak akan berakhir. “Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah, iaitu kasih sayang dan tanggungjawab. “Walaupun perkahwinan berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama. “Bersama-sama, anda mendidik mereka tentang kasih sayang, hormat, dan keimanan,” ujarnya. Dr Afifah berkongsi perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Rabu. Luahan itu juga dibuat selepas tular kisah Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka. Dia dalam masa sama seakan meluahkan pengorbanan dan rasa cinta yang dicurahkan dalam membesarkan cahaya matanya itu. “Saya membesarkan mereka dengan kasih setulusnya, menjadi pelindung dengan sabar, menitip doa saban waktu, demi masa depan yang indah. “Setiap langkah, setiap keputusan, semua demi mereka,” luahnya. Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun. Sumber: mStar |
cm_vungtau replied at 5-11-2025 11:32 PM
Selalu kalau bapak dapat hak penjagaan penuh kena ada reason yang ibu tak layak. Apa agaknya reason ...

chandrahusin replied at 6-11-2025 11:05 AM
apo kono eh Jang
cerai ambik anak2 plk
anak2 bwh umur ni bkn auto mak dpt hak kah?
dua_chzy replied at 5-11-2025 11:01 PM
Btw kertunya Tok Pinaz kat blakng Noobs tu.
L.U.S.M replied at 5-11-2025 10:12 PM
Dia bukan je file cerai..dia dh siap file hadanah skali..sbb tu hari tu fie cpt2 suruh settlekan cer ...
pocongkiutss replied at 6-11-2025 11:10 AM
Dia dpt hak jagaan penuh ke? Bukan dia cuba tuntut je? Aiols is konfius
pocongkiutss replied at 6-11-2025 11:09 AM
Bila masa nubispenyet ni dpt hak penjagaan penuh..dia baru tuntut kan? Ke iols salah baca?
ADVERTISEMENT