CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebulan tanpa onani dan aktiviti seks, lelaki dakwa stamina meningkat, kurang stres

5-11-2025 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1267| Komen: 18


Ketagihan onani boleh memberi kesan buruk kepada lelaki. -Gambar hiasan AI




NO Nut November merupakan satu cabaran tular dalam kalangan lelaki untuk menahan diri daripada sebarang aktiviti seksual termasuk onani sepanjang bulan ini.

Cabaran ini dikatakan bertujuan menguji tahap kawalan diri, disiplin dan fokus dalam kehidupan seharian.

Malah, ramai yang beranggapan misi ini sebenarnya mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan.

Bagaimanapun harus diingat bahawa sehingga kini tiada bukti saintifik yang menyokong fakta atau keberkesanannya.

Testimoni

Seorang lelaki mendedahkan dia menyedari berlaku perubahan pada dirinya selepas mengikuti cabaran tersebut pada tahun sebelum ini.

Tanpa mendedahkan identiti diri, dia mengakui sebulan tanpa seks membantu rutin senamannya dan memberi ‘perbezaan yang baik pada fizikal’.


Lelaki itu berkata dia berasa ‘sangat baik’ selepas menamatkan No Nut November yang didakwa membantu dirinya ‘belajar tentang kawalan diri dan kesabaran’.

Beberapa peserta lain mendakwa mereka merasakan kepuasan sebenar selepas berjaya menamatkan bulan November, manakala kebanyakan manfaat dikatakan berkaitan tahap testosteron yang didakwa lebih tinggi.

Menurut Oxford Online Pharmacy, peserta mendakwa sebulan tanpa aktiviti seks membuatkan otot mereka lebih besar, stamina lebih tinggi, kurang tekanan, tumpuan lebih baik dan ada kes yang rambutnya lebih lebat.

No Nut November tak sihat untuk lelaki?

Namun, terdapat kajian perubatan yang tidak menyokong dakwaan-dakwaan ini.

Seorang pakar urologi berkata, menahan diri daripada onani boleh membuatkan lelaki lebih tertekan kerana kelegaan yang biasanya diperoleh daripada aktiviti itu tidak ada.

Jelasnya, onani secara berkala membawa manfaat untuk kesihatan mental, dan menjauhi amalan ini sepenuhnya boleh menimbulkan kesan negatif.

Pakar perubatan menegaskan badan dan minda mendapat kebaikan daripada aktiviti memuaskan diri secara berkala, jadi jika anda mengikuti No Nut November, anda mungkin terlepas menikmati manfaat tersebut.

Bagi yang ingin mencari manfaat kesihatan, satu kajian menunjukkan bahawa menahan diri selama seminggu boleh meningkatkan tahap testosteron dan jumlah sperma.

Namun, menahan diri selama sebulan penuh pula mungkin memberikan kesan negatif sepanjang tempoh itu. 

Jika ingin berehat, mungkin lebih baik sekadar mengambil 'cuti' seminggu daripada aktiviti tersebut.

Menurut pendakwah Ustaz Adnin Roslan, hukum onani dalam Islam secara umum adalah haram, sama ada keluar air mani atau tidak. 

Bahkan, sekadar membayangkan situasi yang (menaikkan syahwat) juga dianggap berdosa jika menyebabkan air mani terkeluar.

Antara cara untuk mengelakkan perbuatan ini ialah berpuasa, melawan nafsu serta menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah kerana pendekatan ini dapat membantu mengurangkan keinginan untuk melakukan onani.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 5-11-2025 04:03 PM
so.. it just another ramadhan discipline? cuma boleh makan minum, gitu?
Quote Decaffeinated 5-11-2025 05:10 PM
PULANGKAN replied at 5-11-2025 04:03 PM
so.. it just another ramadhan discipline? cuma boleh makan minum, gitu?

sejak bila pula ramadhan tak boleh seks?

Quote PULANGKAN 5-11-2025 09:31 PM
Decaffeinated replied at 5-11-2025 05:10 PM
sejak bila pula ramadhan tak boleh seks?

sejak bila pulak aku cakap tak boleh?

i said ramadhan DISCIPLINE. disiplin, faham? tak faham sudah
Quote begg 5-11-2025 09:54 PM
[tiktok]7566705547219651858[/tiktok]
Quote kemaruk 6-11-2025 07:00 AM
Ooo.. bangkem ingatkan takleh makan kacang

So boleh makan la bulan ni?
Quote supernaturalee 6-11-2025 08:38 AM

buat badan eh sekarang sejak solo2 nih

btw nip die cantik


Quote Minami2013 6-11-2025 08:43 AM
Sebulan tu je ok kot. Next month jadi double stress
Quote renko 6-11-2025 01:34 PM
seminggu tak kua pun da stress
Quote supernaturalee 6-11-2025 01:38 PM
klu laki tak perasan pun klu die lama tak kuar

tp klu perempuan period selalu nmpk swing mood die tu



Quote Decaffeinated 6-11-2025 01:46 PM
PULANGKAN replied at 5-11-2025 09:31 PM
sejak bila pulak aku cakap tak boleh?

i said ramadhan DISCIPLINE. disiplin, faham? tak faham suda ...

Ohh... cakaplah disiplin ala komando

faham.

Quote pinkpunk 7-11-2025 09:21 AM
helok model.. tiberrr
Quote tumpanglalu74 8-11-2025 02:05 AM
supernaturalee replied at 6-11-2025 08:38 AM
buat badan eh sekarang sejak solo2 nih

btw nip die cantik

Sangap tu..  Tengah mendude.
Quote Decaffeinated 8-11-2025 09:46 AM

gambar AI jarang tak helok

Quote Decaffeinated 8-11-2025 09:48 AM
supernaturalee replied at 6-11-2025 08:38 AM
buat badan eh sekarang sejak solo2 nih

btw nip die cantik

model ka tu? btw suara tu sedap tapi bukan suara dia kan... or was it?

Quote kakikuDibibirmu 8-11-2025 10:21 AM
Onani desuka? Masmuka, eh....
Quote supernaturalee 8-11-2025 12:58 PM
tumpanglalu74 replied at 8-11-2025 02:05 AM
Sangap tu..  Tengah mendude.




Quote supernaturalee 8-11-2025 01:00 PM
Decaffeinated replied at 8-11-2025 09:48 AM
model ka tu? btw suara tu sedap tapi bukan suara dia kan... or was it?

suara dia???

uiii memang idok le

dalam rock oo dia dah buktikan suara dia mcmna



"die dekat...tapi jauh....."



Quote ifanonline 9-11-2025 05:32 PM
masterbate is good for the body

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050649 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top